Aktres Nabila Huda, 36, tidak dapat mengawal perasaan takut selepas rumahnya didatangi seorang individu yang mencurigakan.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Abil, ketika kejadian berlaku dia keseorangan tanpa suami, Mohd Izwan Johar dan anak perempuannya, Keisha Laila.

"Korang! Weh serius la weh. Saya tak tahu. Saya macam nampak orang kat balkoni. Saya tutup lampu lepastu saya dengar sesuatu.

"Dah la suami saya tak ada, Keisha tak ada. Saya nampak macam ada..

"Weh tak kelakar! Macam mana ni weh? Pintu kunci tak?" kongsinya menerusi Instagram Stories sebentar tadi.

Tambah pelakon drama Kamar Kamariah, dia merasakan bayangan yang dilihat itu adalah pencuri.

"Macam nampak tadi ada bayang hitam kat luar. Macam besar. Dia pakai baju warna hitam. Saya tak tahu hanya nampak bayang.

"Takkan pencuri? Saya rasa pencuri. Weh macam mana ni weh?

"Weh saya takut gila. Saya takut," katanya sambil nangis teresak-esak.