Laman Utama
“Rumah Gelap Rezeki Tak Masuk” - Daripada Tradisional Bali, Ain Edruce Tukar Dekorasi Rumah
Pengacara Ain Edruce mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi dekoasi terbaharu kediamannya yang bercirikan moden Bali.
Menerusi laman sosial Instagram, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 29, memuat naik foto sebelum dan selepas ruang tamu kediamannya itu untuk tatapan umum.
“OMG. jumpe balik gamba ni baru sedar. Dari zero to hero. Aku ni sejenis cerewet tau especially bab-bab nak cantik kan rumah ni.
“Sebenarnya concept nak traditional Bali, Gelap-gelap gitu tapi Mirul kata rumah gelap rezeki tak masuk. Haha then, we decided to do modern Bali,” ujar Ain menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian tersebut, kediaman pelakon yang kini hamil enam bulan bersama suami, Amirul kelihatan cukup mewah dengan penggunaan warna cerah dan mengetengahkan elemen moden.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji pemilihan konsep rumah yang cantik dan serba elegan.
“Tepat sekali Mirul, design ni smart gila,” komen seorang wargamaya.
“Cantiknya, nak ikut tips Amirul la,” kata seorang wargamaya.
“Rumah terus nampak luas,” sokong seorang wargamaya.
“Punyalah ingat Ain duduk kondo sebab layout rumah so cantik,” komen seorang wargamaya.
“I love this, sumpah nampak simple dan teratur,” puji seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, Ain mengumumkan dirinya hamil empat bulan menerusi sebuah video di saluran YouTubenya pada November tahun lalu.
Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019.