Satu video yang memaparkan sebuah rumah hangus dijilat api dalam kejadian yang berlaku dua hari sebelum Ramadan itu berjaya menarik perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran video yang dimuatnaik oleh seorang individu di platform TikTok, dapat dilihat tiga individu yang dipercayai merupakan penghuni rumah tersebut sedang sebak menangis teresak-esak tatkala melihat sisa-sisa kediaman yang musnah itu.

Menurut pihak Bomba Bagan Ajam, kejadian ini difahamkan berlaku di rumah kampung di Jalan Lahar Yooi, Pulau Pinang.

Susulan itu, pihak bomba telah menghantar 2 jentera bomba dan 6 anggota bagi membantu memadam kebakaran tersebut setelah menerima panggilan.
@paansam Smoga dipermudahkan segala urusan?✨ #KongsiBersama #paansam #fyp #fypシ゚viral #farhansammusicevent #fypdongggggggg #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #farhansam #tiktokmalaysia #viral #pasystemmurahutara #trendingvideo #brokenheart #ayatmotivasi #djpaansam #djkendurikawin #sedih #maisatpaannakhabaq #rumahterbakar #laharyooi ♬ bunyi asal - Farhan Sam
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan dugaan yang menimpa keluarga tersebut dan menggesa pihak yang bertanggungjawab untuk membuka tabung derma supaya boleh menghulurkan bantuan untuk meringankan beban keluarga tersebut.

“Siapa ketua kampung, YB, Imam atau siapa pun. Buka Tabung Derma. Kami nak bantu. Allahuakbar.

“Misi tolong buka tabung untuk rakyat menderma mangsa kebakaran ni

“Allahu, besar betul dugaan keluarga ini, dengan baru masuk sekolah, esok nak puasa. Semoga Allah mendengar setiap doa kita.

“Allahuakbar nak sekolah, nak puasa dan nak raya ni Allah berikan ujian hebat buat kalian. Semoga kalian tabah dengan ujian Allah ini. Allah sayang kalian Allah uji. Semoga dipermudahkan segala urusan,” komen beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu telah mendapat sebanyak 3.5 juta tontonan di platform TikTok.

Berita Trending: Baru Hilang Ibu Tersayang, Kesedihan Tak Halang Putra Amaris Teruskan Program Share Rezeki…

Berita Trending: “Apa Dosa Bayi Tu?” Netizen Speechless Bila Bayi Baru Lahir ‘Dibuang’ Dari Aras Tinggi Sebuah…