“Rumah Hanyut, Lumpur Tebal, Elektrik Putus – Ika Nabella Lega Suami Dapat Dihubungi, Mohon Bantu Area Sg Lui

Mya Amri
Disember 21, 2021 02:10 MYT

Pelakon Ika Nabella meluahkan rasa syukur selepas dapat menghubungi suaminya yang keluar menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Menurut Ika, suaminya memaklumkan keadaa di kawasan Sungai Lui, Hulu Langat sangat menyedihkan dan memerlukan lebih banyak bantuan.

“Alhamdulillah, suami saya kembali. Alhamdulillah. Keadaan di Sg Lui sangat menyedihkan. Rumah tinggal tangga, ada rumah yang dihanyutkan banjir, lumpur yang sangat tebal.

“Bekalan elektrik terputus, tiada coverage dan tiada bekalan air bersih. Mereka kekurangan seluar, kain pelikat, kain batik,” maklumnya diruangan Insta Story.

Tambah Ika lagi, kawasan Sg Lui kurang mendapat liputan kerana terputus jaringan internet.

“Mereka memerlukan tenaga untuk bantu membersihkan kawasan yang sangat teruk. Kawasan Sg. Lui kurang mendapat liputan kerana tiada jaringan internet.

“Emosi mereka sangat terganggu, ada yang meninggal,” maklumnya.

Terdahulu, suami Ika, Muhammad Zaid Aznam juga merupakan antara yang terlibat dengan misi menyelamat mangsa banjir di kawasan Sungai Lui, Hulu Langat sejak semalam.

#Banjir #Ika Nabella #Bantuan Banjir #Sg Lui