Laman Utama
Rumah Hometown Cha-Cha-Cha Diserbu, Penerbit Minta Tolong Peminat
Produksi drama Hometown Cha-Cha-Cha kini berdepan masalah selepas kediaman yang digunakan dalam naskhah tersebut telah diserbu peminat.
Hal itu telah menyebab penerbit drama yang dbintangi oleh Yoon Hye-Jin (Shin Min-A) dan Hong Du-Sik (Kim Sun-Ho) ini meminta jasa baik peminat berhenti berbuat demikian kerana kediaman yang digunakan dalam sesi penggambaran tersebut bukanlah set lokasi yang dicipta.
Sebaliknya, kediaman Hye Jin, Doo Shik, Gam Ri, dan Cho Hee dalam drama tersebut yang terletak di kawasan Pohang hanya rumah sewa. Produksi memberitahu telah menyewa beberapa kediaman penduduk kampung yang berada di kawasan persisiran pantai untuk tujuan penggambaran tersebut.
Advertisement
Biarpun menghargai peminat yang menyokong drama tersebut, namun penerbitnya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan mengatakan kedatangan terlalu ramai peminat dan ada yang memasuki kediaman tersebut telah menganggu ketenteraman dan privasi pemilik rumah.
"Terima kasih kerana telah menunjukkan kecintaan anda terhadap drama ini. Tapi kami mengeluarkan kenyataan ini berkaitan dengan lawatan yang dibuat ke kediaman para pelakon.
"Rumah Hye Jin dan Doo Sik's hanya disewa sepanjang penggambaran berlangsung. Sekarang, pemilik asal telah kembali mendiami rumah mereka,
"Namun saat ini mereka berhadapan kesukaran dan gangguan apabila terlalu ramai peminat yang datang melawat, malah ada yang memasuki kediaman mereka.
"Kami sangat menghargai sokongan anda, tetapi mohon jangan masuk ke kediaman mereka sewaktu membuat lawatan ke lokasi," tulis kenyataan tersebut seperti dilaporkan Soompi.
Meski demikian, pihak produksi mengatakan memang ada beberapa set penggambaran yang sengaja ditinggalkan sebagai kenang kenangan dan boleh dilawati para peminat drama tersebut.
"Tetapi ia bukanlah rumah, kerana kediaman tersebut milik penduduk kampung dan kami hanya menyewanya," kata kenyataan itu lagi.
Sementara itu, ada netizen yang ikut meluahkan pendapat. Ramai yang mengatakan melawat ke lokasi penggambaran tersebut bukan satu kesalahan, tetapi hadir dan menganggu privasi tuan rumah dengan memasuk kediaman mereka tanpa izin adalah hal yang tidak sepatutnya terjadi.
Drama Hometown ChaChaCha pertama kali ditayangkan pada akhir Ogos lalu telah menerima respon yang cukup positif dalam kalangan penggemar filem Korea Selatan.
Must-Watch Video