Berita
“Rumah Ini Saya Buat Cash Tapi…”- Aliff Syukri Akui Terkesan Dengan PKP
Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri akui terkesan dengan wabak COVID-19 yang kini melanda seluruh negara, lebih-lebih dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.
Menurut Aliff Syukri meskipun rumahnya dibina sendiri dengan wang tunai tanpa bantuan pinjaman tetapi banyak komitmen lain yang perlu dilunaskan.
“Sebuah impian menjadi nyata. Beribu pahit jerih, derita, penipuan, untuk memiliki semua ini. Hasil usaha tanpa bantuan kerajaan atau bank, rumah ini saya buat cash tapi banyak komitmen yang lain untuk saya lunaskan..
“Sedih dan juga kecewa dengan malapetaka yang melanda dunia. Penyakit ini amat dirasai oleh saya terutamanya dan juga usahawan usahawan kecil IKS (Industri Kecil Sederhana). Saya terfikir bagaimanakah ekonomi negara Malaysia dan bagaimanakah perniagaan yang kami jalankan terutamanya bisnes IKS, resort, restoran, kosmetik kilang dan sebagainya,” tulisnya.
Aliff berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto rumah banglonya yang besar tersergam indah.
Aliff berharap agar semua urusannya terutama perniagaannya dipermudahkan.
“Digambarkan lebih 11 juta orang kehilangan kerja dan pendapatan. Ya Allah Ya TuhanKu, Kau permudahkanlah perjalanan hidup aku pada tahun ini Ya Allah.
“Pelbagai dugaan yang saya lalui dan bukan mudah untuk saya lalui pada tahap ini. Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi. Doakan saya tabah untuk menguatkan perniagaan saya,” katanya lagi.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video