Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Rumah Kat Cyberjaya Yang Tak Duduk Pun Kena Cas ..." - Saharul Ridzwan Bengang Bil Elektrik Cecah RM1,000

Zulaikha Yusof 18/06/2020 | 02:47 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan meluahkan rasa tidak senang hati apabila bil elektrik rumahnya melonjak tinggi sehingga RM1144.75.
Menurut Saharul, kejadian itu tidak logik kerana rumah tersebut tidak didiami mereka sekeluarga.
"Eh. Bukan main graf dia melonjak sampai macam tu. Ramai dah kena macam ni. Hari kena kat diri sendiri. Adoi.
"Rumah kat Cyberjaya yang tak duduk pun kena cas ada penggunaan elektrik? Time PKP hantu berdisco bukak suis kot kat dalam tu," kongsinya menerusi laman Twitter.
Saharul turut memuat naik 'screenshot' yang menunjukkan graf penggunaan elektrik sehingga bulan Jun.
Tambah pelakon drama 30 Pesanan Suara itu dia berada dalam keadaan buntu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
"Tak tahu nak marah siapa kat TNB ni. Hubungi operator pun, dorang cuma jalankan tugas. Salahkan sistem, orang yang buat. Siapa orang tu?
"Diskaun 15%, sauk balik berpercent percent. Tak nice la tu. Sorry lah lepaskan geram kat sini, sekurang-kurangnya marah tu tak tertuju kat sapa-sapa. Kang aku membebel kat meter tu orang cakap gila," tulisnya lagi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, aktor Fezrul Khan turut sama tidak berpuasa hati apabila mendapati jumpa bil elektrik yang dibayar melambung sehingga RM1943.50.
BACA: “Dah Macam Duduk Di Negara Yah*di”- Bil Elektrik Melambung Hampir RM2,000, Fezrul Khan Berang!
#Saharul Ridzwan #Rumah #Tinggi #Bil Elektrik
;