Pendakwah bebas Ebit Lew mencuri perhatian wargamaya apabila memberi bantuan makanan yang dimasak kepada masyarakat Afrika yang mengalami masalah kebuluran.

Menerusi laman sosial Facebook, Ebit berkongsi momen-momen terbabit untuk tatapan umum.

“Sayu rasa bila masak nasi beriyani sekali ayam untuk 200 orang semalam. Saya dapat tahu anak ini selalu lapar. Bila jamuan macam ni ramai yang hadir. Sampai semalam semua menari masa datang dan masa nak balik. Tarian budaya mereka. Mereka bukan Islam. Baik jer semua.



“Tak berhenti semua nak tunjuk tarian dan menyanyi untuk ucap terima kasih. Masa saya bagi duit belanja semua tengok duit dan cakap terima kasih. God bless you. Rumah pula kecil je. Tapi diaorang happy jer. Menyanyi jer. Baik-baik semuanya. Saya tengah fikirkan untuk jamu mereka setiap hari makanan free. ,” ujar Ebit.

Malah, Ebit turut meminta doa rakyat Malaysia agar usahanya untuk mendirikan sebuah kabin untuk kegunaan memasak dipermudahkan.

“Nak sewa satu kabin tempat masak dan bungkuskan makanan untuk mereka ke sekolah dan sekali lagi petang. Doakan ye,” katanya lagi.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang tersentuh melihat kebaikikan yang dilakukan oleh ustaz tersebut tanpa membezakan warna kulit.

“Ya Allah, baiknya ustaz dari mmbantu wang ringgit..material..hingga mmasak.. Allah merahmati mu ustaz..smoga sentiasa dalam lindungan Rahmat dan kasih sayang Allah..aamiin,” komen seorang wargamaya.

“MasyaAllah...rezeki dikongsi bersama X kira bangsa agama warna kulit... semoga Allah sentiasa merahmati usaha ustaz n teams...rezeki sentiasa mengalir,” kata seorang wargamaya.

“Ya Allah meleleh airmata saya melihat kasih sayang ebit liew terhadap golongan begini. semoga Allah kurniaan kita juga kasih sayang terhadap insan yang memerlukn… tak mampu hulur bntuan, hulurkn doa,” puji seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto-foto tersebut telah meraih hampir 9,000 perkongsian di Facebook.

Pada 21 Mac lalu, Ebit dan pasukan berangkat ke benua Afrika tersebut untuk misi kemanusiaan dam tujuan berdakwah.