Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Rumah Keluarga Mark Adam Di Fillipina Rosak Dilanda Taufan Rai – “Terima Kasih Kerana Mendoakan…Ibu & Keluarga Saya Selamat…”

Fiza Kamarudin
18/12/2021 06:40 MYT
Penyanyi Mark Adam mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan bertanya khabar tentang keadaan ibu dan keluarganya di Fillipina.

Mark sebelum ini berkongsi keluarganya di Fillipina terkesan apabila kawasan kediaman mereka dilanda Taufau Rai.

“Terima kasih kerana mendoakan mak dan keluarga saya. Mereka selamat cuma rumah sahaja yang mengalami kerosakan.

"Agak banyak kerosakan, tetapi tak mengapa saya bersyukur kerana keluarga saya selamat” katanya ketika dihubungi Gempak menerusi aplikasi Whatsapp.

Tambah Mark lagi, fenomena Taufan Rai adalah bencana alam yang sering berlaku di kawasan sekitar kediaman ibunya.

Namun kali ini, taufan yang melanda kawasan tersebut lebih kuat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Kami reda dengan ujian ini dan semoga Allah SWT lindungi keluarga saya di sana,” katanya.


#Mark Adam #Rumah Fillipina #Taufan Rai