Hiburan
"Rumah Keluarga Tak Jauh, Tujuh Minit Saja! Tapi..." - Anzalna Ajak Patuh Arahan Kerajaan
Aktres jelita, Anzalna Nasir berkongsi foto paparan skrin menunjukkan kesesakan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur semalam.
Kesal melihat situasi itu, Anzalna mengajak orang ramai untuk mematuhi arahan yang ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha menghapuskan penularan wabak COVID-19.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Saya rindu keluarga saya, saya juga pasti ramai yang dah mula rindu keluarga.
"Ikutkan hati ni nak saja pergi sebab tujuh minit tak jauh pun rumah keluarga tetapi kita patuhi arahan!" tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Anzalna juga menyeru orang ramai untuk menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang sedang berjuang untuk negara ketika ini.
"Tolonglah kita sama-sama patuhi arahan, kasihan mereka yang bertugas bergadai nyawa untuk kita semua, sedar lah COVID-19 bukannya benda yang main-main!" tulisnya lagi.
Hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan 'sanitizer', amalkan penjarakkan sosial serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!