Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rumah Kemas Tak Semestinya Bersih? Ini Cara Menjaga Kebersihan & Elak Jangkitan Kuman!

Syafiqah Jalal
02/09/2022 04:38 MYT
Penjagaan kebersihan diri dan persekitaran adalah perkara yang amat penting meskipun kes jangkitan Covid-19 kini sudah tidak lagi berada dalam tahap membimbangkan.

Apa yang membimbangkan, kini bukan sahaja wabak Covid-19 yang menular tetapi pelbagai jangkitan virus lain seperti Inflluenza, Penyakit Tangan Kaki & Mulut (HFMD) yang kini boleh dijangkiti bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa.

Justeru kediaman atau rumah adalah tempat paling selamat untuk kita berlindung dan elak daripada pelbagai jangkitan kuman atau penyakit berbanding di luar bercampur dengan ramai orang.

Namun sejauh mana anda pasti rumah yang kemas itu bersih dan jauh dari jangkitan kuman?

Gempak senaraikan 5 cara bagaimana untuk pastikan rumah anda bersih dan selamat dari pembiakan kuman dan bakteria.

#1 Elak Kelembapan Rumah

Rumah biasanya akan berada dalam keadaan lembap kerana terdapat aktiviti seperti mandi, memasak bahkan bila kita bernafas. Namun anda tidak boleh biarkan tahap kelembapan di dalam rumah terlalu tinggi.
Ini kerana kuman dan bakteria cukup suka dengan kelembapan ini dan jika dibiarkan boleh menyebabkan masalah pernafasan, kegatalan, jangkitan pada mata dan kulit. Oleh itu kurangkan aktiviti di atas di rumah supaya pembaiakan kuman tak berlaku.

#2 Rumah Kemas Tapi Berdebu?

Debu dan habuk sering kali ada di setiap permukaan yang kurang sentuhan iaitu seperti di perabut atau barang perhiasan. Ia nampak seperti ringan namun membersihkan debu atau habuk ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Tip mudah untuk membersihkannya, gunakan sahaja kain basah untuk mengelap agar debu itu tidak berterbangan. Lakukannya sehingga habuk itu hilang jika tidak anda secara tak langsung bernafas dalam udara yang kotor.

#3 Bilik Mandi Juga Perlu Pengudaraan

Ramai mungkin tidak tahu tentang kepentingan sistem pengudaraan di dalam bilik dan biasanya tingkap di ruang itu sangat kecil.

Tahukah anda sepatutnya tingkap yang dipasang di bilik mandi haurs cukup besar atau lebih baik memasang sisttem pengalihan udara bagi mengelakkan cat dinding cepat rosak selain boleh menyebabkan percambahan bakteria yang boleh berbau busuk.

#4 Jangan Lupa Servis PembersihanPenyaman Udara

Setiap rumah kini pasti dilengkapi dengan penyaman udara bagi memberi keselesaan di waktu cuaca panas. Namun tahukah anda wujud pengudaraan tidak bersih jika penyaman udara yang anda digunakan tidak melakukan servis mengikut jadual yang ditetapkan?

Anda akan mendapat udara yang bersih jika lalukan servis pembersihan penyaman udara. Ini kerana semasa servis, penapis udara telah dibersihkan bagi menjamin kualiti udara lebih baik. Jadi anda akan terhindar daripada penyakit seperti alahan, resdung dan juga asma!

#5 Disinfeksi Permukaan Yang Banyak Sentuhan

Disinfeksi merupakan salah satu kaedah yang boleh mengawal dan mencegah penularan wabak penyakit terutama COVID-19. Disinfeksi penting dilakukan di rumah kerana banyak sentuhan yang dilakukan dipermukaan perabot atau sofa yang sering kita gunakan.

Antara permukaan yang penting adalah tombol pintu iaitu objek yang sering disentuh terutama ketika pulang ke rumah. Jika tidak dibersihkan wabak atau kuman yang dibawa dari luar akan berjangkit dengan individu lain di dalam rumah.

Biasanya jika mahu lakukan disinfeksi di rumah dengan sendiri ia agak rumit kerana perlu dengan menggunakan teknik dan bancuhan yang betul.

Bancuhan disinfeksi adalah 1 bahagian cecair peluntur (mengandungi sekurang-kurangnya 5% kepekatan Sodium Hypochlorite) dan 9 bahagian air paip.

Mudah Dengan WonderKlean!

Namun jangan bimbang bagi memudahkan anda menjaga kebersihan rumah secara total dan tanpa ragu-ragu dalam membasmi segala kuman dan bakteria yang ada, WonderKlean ada menawarkan khidmat berkenaan.
Kini WonderKlean bekerjasama dengan Astro menjalankan promosi hebat untuk perkhidmatan pembersihan pendingin hawa serta perkhidmatan disinfeksi rumah anda!

Berikut merupakan 3 jenis promosi WonderKlean X Astro yang anda tak boleh lepaskan:

i: WonderKlean X Astro - Double Klean Air Deal
Dalam promosi ini WonderKlean menawarkan servis pembersihan penyaman udara bernilai RM300 dengan harga eksklusif hanya RM280 sahaja

ii: WonderKlean X Astro - Standard Disinfection Promo
Dalam promosi kedua ini pula WonderKlean menawarkan perkidmatan disinfeksi secara standard bernilai RM300 dengan harga selepas dipotong hanya RM240 sahaja.

iii: WonderKlean X Astro - Superior Disinfection Promo
Dalam promosi terakhir ini WonderKlean menawarkan perkidmatan disinfeksi secara superior bernilai RM600 dengan harga promosi RM480 sahaja.

Menarik bukan? Untuk maklumat lanjut mengenai promosi WonderKlean X Astro ini sila layari laman sesawang WonderKlean serta dapatkan promosi hebat ini dengan menggunakan promo code Astro20 ketika menempah.


Foto kredit: Impresivedesign.com

#Astro #Rumah #Kuman #WonderKlean #Bersaih #Kemas
;