Rumah Kieda Crepe Dipecah Masuk, Barang Kemas Bernilai RM800,000 Lesap
Gempak
03/06/2024 09:00 MYT
03/06/2024 09:00 MYT
Usahawan pencuci mulut popular, Kieda Crepe mengalami kerugian RM800,000 apabila rumahnya yang terletak di Kepala Batas dipecah masuk penjenayah pada April lalu.
Perkara itu didedahkan oleh Kieda atau nama sebenarnya, Siti Nur Khalieda Yusra di beberapa platform media sosial miliknya pada malam Ahad selepas 40 hari kejadian berlaku.
Kieda berkata, kejadian berlaku pada 25 April lalu, antara jam 8 hingga 11 malam. Katanya, kejadian tersebut disedari mereka ketika pulang ke rumah selepas selesai berniaga.

Pecah masuk
"Pada hari berkenaan, kami baru balik ke rumah pada jam 11.40 malam. Suami, Mohd Hilmy Mohd Zaki masuk ke rumah dahulu sementara saya dan anak-anak berada di dalam van.
ARTIKEL BERKAITAN: Kieda Crepe Dikritik Gara-Gara Rekaan T-Shirt Jualannya Mirip Logo Kumpulan NCT Dream?
"Suami menyedari ada yang tak kena dengan rumah kami apabila mendapati keadaan rumah tidak seperti biasa kerana langsir terangkat dan ada baju kurung atas kusyen.
"Ini kerana, pada jam 7 malam hari sama, dia pulang ke rumah untuk menyediakan keperluan anak dan mengemas rumah," katanya.
Ujar Kieda, selepas mendapati ada sesuatu berlaku, suaminya meminta dia menghubungi sepupunya yang tinggal berdekatan untuk bantuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Approved Pencabar Baharu Kieda Crepe? - “Saya Sediakan Air Untuk Pelanggan Sebab Tak Mahu Ada Lagi Yang Pengsan”
"Dia juga menyuruh saya dan anak-anak tunggu di dalam van dan mengunci pintu untuk keselamatan. Suami dan sepupu telah memeriksa sekeliling rumah dan mendapati salah satu tingkap telah pecah.
"Suami periksa pada tingkap, nampak kesan cungkil dan disepak. Suspek hanya menggeledah bilik. Kami mengesyaki penjenayah baru masuk kerana kesan tapak kasut masih basah dan bau badan yang sangat busuk," tambahnya lagi.

Barang kemas lesap
Jelas usahawan itu lagi, dia dan suaminya hanya menyedari peti besi yang mengandungi barang kemas bernilai RM800,000 hilang ketika mengemas bilik tidur yang berselerak diselongkar penjenayah.
"Selepas mengemas bilik, baru kami sedar ada satu barang saja yang hilang iaitu peti besi. Saya dan suami menangis sekuat-kuatnya selepas menyedari peti besi hilang.
"Peti besi anggaran berat 200 kilogram itu disimpan di dalam almari. Di dalam peti besi itu ada semua barang kemas saya. Selepas keluarga dan kakitangan datang ke rumah, baru kami berdua ke balai polis untuk buat laporan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kieda Crepe Nafi Ceroboh Privasi Staff - “Jangan Aniaya Manusia Yang Pernah Ada Kebaikan Untuk Ampa”
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Zulkeflee Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Kata Zulkeflee, polis menerima dua laporan polis daripada mangsa iaitu pada hari kejadian dan dua hari selepas kejadian.
"Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan tiada sebarang petunjuk berikutan tujuh cap jari yang ditemui di lokasi kejadian, tiada di dalam pangkalan data kami.
"Selain itu, kamera litar tertutup di rumah mangsa juga telah rosak untuk membolehkan kami menjalankan siasatan di lokasi kejadian," katanya lagi.
Beliau menambah, jumlah kerugian masih belum dapat disahkan berikutan polis belum menerima dokumen barangan yang hilang tersebut.
Jelas beliau, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.
Sumber: Sinar Harian