Baru-baru ini, tular di Platform X seorang individu mengkritik segelintir pemaju perumahan di Malaysia yang bersikap tidak jujur dalam menjual rumah.

Menerusi entri tersebut, individu itu meluahkan rasa kesal apabila pagar sebuah rumah yang diisi sampah sarap tiba-tiba runtuh dan hampir menyebabkan tragedi.

"Kepada pemaju seluruh Malaysia, kalau nak untung lebih janganlah buat pagar seperti ini. Aniaya pembeli. Tiang pagar diisi sampah sarap je!" tulis individu itu.

Menjengah ke ruangan balas hantaran itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan pemaju yang mengenakan bayaran mahal hanya untuk sebuah rumah yang tidak setanding dengan kualiti.

"Rumah mahal tapi kualiti reban ayam, reban ayam pun lagi baik lah. C*laka punya pemaju aniaya orang macam ni,"

"Buat pinjaman berpuluh-puluh ribu untuk bayar kualiti macam ni?"

"Kualiti teruk! Pemaju ambil buruh dan dibayar harga mahal. Akhir sekali, rumah ada keretakan."

Sekadar info, lokasi rumah berkenaan terletak di Taman Putrimas, Kluang, Johor.

BERITA TRENDING: Canggih Atau Menyusahkan? Masuk Toilet Kena Bayar RM1.20, Tapi Hanya Boleh Guna PayWave!

Setakat artikel ini ditulis,entri itu meraih hampir 600,000 tontonan dan lebih 5,000 tanda suka di Platform X.

Sumber: Platform X