"Rumah Mahal, Kualiti Reban Ayam" - Warganet Mengeluh Pemaju Perumahan Macam Lintah Darat!

Muhammad Firdaus
Januari 31, 2024 04:55 MYT
Baru-baru ini, tular di Platform X seorang individu mengkritik segelintir pemaju perumahan di Malaysia yang bersikap tidak jujur dalam menjual rumah.
Menerusi entri tersebut, individu itu meluahkan rasa kesal apabila pagar sebuah rumah yang diisi sampah sarap tiba-tiba runtuh dan hampir menyebabkan tragedi.
"Kepada pemaju seluruh Malaysia, kalau nak untung lebih janganlah buat pagar seperti ini. Aniaya pembeli. Tiang pagar diisi sampah sarap je!" tulis individu itu.

Kepada pemaju seluruh Malaysia,kalau nak untung lebih janganlah buat spt ini.Niaya pembeli. Tuan rumah nyaris dihempap pagar tu. Tiang pagar di isi sampah sarap je! Ya ni di Kluang, Johor. Taman Putrimas. pic.twitter.com/i0ZKqrvWne

— MaSID Mount ฏ๎๎๎๎๎๎๎ (@sidchan) January 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menjengah ke ruangan balas hantaran itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan pemaju yang mengenakan bayaran mahal hanya untuk sebuah rumah yang tidak setanding dengan kualiti.
"Rumah mahal tapi kualiti reban ayam, reban ayam pun lagi baik lah. C*laka punya pemaju aniaya orang macam ni,"
"Buat pinjaman berpuluh-puluh ribu untuk bayar kualiti macam ni?"
"Kualiti teruk! Pemaju ambil buruh dan dibayar harga mahal. Akhir sekali, rumah ada keretakan."
Sekadar info, lokasi rumah berkenaan terletak di Taman Putrimas, Kluang, Johor.

BERITA TRENDING: Canggih Atau Menyusahkan? Masuk Toilet Kena Bayar RM1.20, Tapi Hanya Boleh Guna PayWave!

Setakat artikel ini ditulis,entri itu meraih hampir 600,000 tontonan dan lebih 5,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
#Viral #Malaysia #Rumah #Pemaju #Perumahan