Laman Utama

Rumah Mewah RM186 Juta David Beckham Kena Rompak Ketika Semua Nyenyak Tidur, Pencuri Bertopeng Berjaya Larikan ...

Amri Hassan
31/03/2022
21:46 MYT
Seorang perompak bertopeng telah memecah masuk kediaman mewah bintang bola sepak tersohor David Beckham ketika semuanya sedang nyenyak tidur pada Isnin lalu.
David, 46, Victoria, 47, dan anak mereka, Harper, 10, tidak menyedari kejadian yang berlaku di salah sebuah bilik di tingkat atas kediaman mereka di Holland Park, London.
Bagaimanapun, kejadian hanya disedari apabila anak lelakinya, Cruz pulang ke rumah pada lewat malam bersama temannya yang ketika itu melihat bilik berkenaan bersepah dan cermin tingkap telah dipecahkan.
Cruz, 17, kemudiannya memaklumkan kepada David sebelum menghubungi talian kecemasan.
"Sangat menyedihkan apabila keluarga Beckham menjadi mangsa dalam kejadian rompakan terancang di kawasan terbabit.
"Mereka bernasib baik kerana penjenayah itu hanya memasuki salah satu bilik tidur sebelum mereka melarikan diri," kongsi sumber terdekat keluarga itu kepada media antarabangsa.
Perompak telah berjaya melarikan pakaian berjenama, aksesori dan barangan elektrik yang bernilai ribuan ringgit.
Pada malam sama, dua lagi rumah berhampiran mereka telah dipecah masuk.
David, Victoria dan dua anaknya itu telah meluangkan masa di kediaman yang menempatkan tujuh buah bilik tidur yang dibeli dengan harga 31 juta Euro (RM144 juta) pada tahun 2013.
Mereka telah membelanjakan lebih 7 juta Euro (RM37 juta) untuk pengubahsuaian menggunakan khidmat pereka hiasan dalaman popular Rose Uniacke.
Kediaman itu dilengkapi dengan dua dressing room, runway gaya catwalk, playroom, gimnasium, ruang spa, bilik ala-ala salun dan tempat letak kereta bawah tanah.
Sehingga kini tiada tangkapan dibuat.
Sumber & Foto: Mail Online, The Sun
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Remaja Rebah Sebelum Tonton Perlawanan Bola Pernah Bergurau Akan Viral & Meninggal Dunia Pada Hari Jumaat

gempak
20/07/2024
12:25 MYT
Selain itu, Muhammad Danish Hakim juga pernah bergurau bahawa dia mungkin tidak akan hidup lagi sampai tahun depan dan seolah-olah dia tahu masanya akan tiba tidak lama lagi.
Berita

Remaja Rebah Meninggal Dunia Sebelum Tonton Perlawanan Kedah Lawan JDT

gempak
20/07/2024
04:55 MYT
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
Viral

Tiga Jurusolek Lelaki Berperwatakan Wanita Didakwa Rompak Rakan

gempak
17/07/2024
02:25 MYT
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas kenalan mereka minggu lepas.
Sukan

Sepanyol Juara Euro 2024, England Terus Kempunan

gempak
14/07/2024
23:32 MYT
Pemain gantian, Mikel Oyarzabal menjaringkan gol empat minit sebelum tamat perlawanan untuk memastikan kemenangan 2-1 Sepanyol ke atas England dalam aksi final Euro 2024 pada awal pagi Isnin.
Hiburan

Sedih Anjing Kesayangan Mati, Menantu David Beckham Saman Pendandan Haiwan

gempak
02/07/2024
07:40 MYT
Terlalu sedih kerana anjing jenis Chihuahua mati, pelakon Nicola Peltz meyaman pendandan haiwan tersebut yang didakwa menjadi punca kematiannya.