Laman Utama
Rumah Tangga Bermasalah? Ini Jawab Nadia Brian
Pelakon Nadia Brian, 29, tidak ingin mengulas lebih lanjut mengenai rumah tangga dengan suami, Muizz Nasruddin yang didakwa sedang bermasalah.
Ketika dihubungi Gempak, Nadia menyatakan fokus utama dia sekarang adalah menyembuhkan kaki selepas mengalami kecederaan ketika sedang mengikuti penggambaran sebuah drama pada Julai lalu.
"Tak ada apa pun. Doakan yang baik-baik.
"Biasalah rumah tangga akan ada pasang surut. Setiap hubungan dalam keluarga mesti ada masa diuji.
"Sikit-sikit saja.. Tak ada pergaduhan yang memudaratkan hubungan. Saya tak nak panjangkan cerita.
"Sekarang ini fokus utama saya adalah kaki. Nak cepat sembuh. Dah sakit macam ni nak kerja lagi.
"Insya-Allah, nanti akan elok kembali. Terima kasih kepada peminat yang mengambil berat tentang saya," katanya.
Dalam pada itu, pelakon filem Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda turut menjelaskan maksud hashtag 'IndependentWomen' yang diletakkan di entri Instagram (IG).
"Hashtag 'IndependentWomen' itu diri saya. Kita kena kuat walau apa yang terjadi.
"Kehidupan tetap kena diteruskan. Pandang ke depan. Cari kebahagiaan," katanya mengakhiri perbualan.
Nadia dan Muizz berkahwin pada 9 November tahun lalu selepas dua tahun berkenalan.