Rumah Tangga Didakwa Bakal Musnah, Aishwarya Rai & Abhishek Bachchan Pamer Keharmonian
Maliah Surip
16/12/2023 03:50 MYT
16/12/2023 03:50 MYT
Keharmonian rumah tangga pasangan pesohor Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan menjadi bualan hangat kebelakangan ini.
Spekulasi bertebaran kononnya, rumah tangga mereka sedang dilanda badai malah kedua-duanya dikatakan bakal bercerai.
Tidak hanya tampil bersama, kedua-duanya yang memakai busana dari warna hampir sama iaitu hitam di majlis tahunan di Dhirubhai Ambani International School di Mumbai, India.
Meski hadir secara berasingan iaitu Aishwarya menaiki kereta bersama ibunya, Brindya Rai sementara Abhishek ditemani bapanya, Amitabh Bachchan dengan kenderaan lain namun mereka kemudian masuk ke majlis bersama.
Pasangan tersebut juga nampak mesra dan tidak memperlihatkan sedang berdepan konflik rumah tangga seperti yang digembar-gemburkan, lapor Hindustan Times.
Bagaimanapun OneIndia melaporkan hubungan pasangan itu memang sedang bermasalah.
“Hubungan mereka sudah lama bermasalah tapi terus bertahan kerana anak,” ujar satu sumber.
Terdahulu Aishwarya dilaporkan sempat menyunting foto sewaktu sambutan ulang tahun bapa mentuanya, Amitabh Bachchan dan sudah bertahun tidak bercakap dengan ibu mentuanya, Jaya Bachchan.
Abhishek dan Aishwarya berkahwin pada 20 April 2007 dan memiliki seorang anak perempuan iaitu Aaradhya pada 16 November 2011.
Spekulasi bertebaran kononnya, rumah tangga mereka sedang dilanda badai malah kedua-duanya dikatakan bakal bercerai.
BERITA TRENDING: Abhishek Bachchan Bersyukur Aishwarya Rai Hidup Normal, Bijak Urus Rumah Sendiri
Namun aktor dan aktres terkenal itu ‘membalas’ spekulasi yang tersebar dengan tampil bersama dalam satu majlis.Tidak hanya tampil bersama, kedua-duanya yang memakai busana dari warna hampir sama iaitu hitam di majlis tahunan di Dhirubhai Ambani International School di Mumbai, India.
Meski hadir secara berasingan iaitu Aishwarya menaiki kereta bersama ibunya, Brindya Rai sementara Abhishek ditemani bapanya, Amitabh Bachchan dengan kenderaan lain namun mereka kemudian masuk ke majlis bersama.
Pasangan tersebut juga nampak mesra dan tidak memperlihatkan sedang berdepan konflik rumah tangga seperti yang digembar-gemburkan, lapor Hindustan Times.
Bagaimanapun OneIndia melaporkan hubungan pasangan itu memang sedang bermasalah.
PILIHAN PEMBACA: Abhishek Bachchan Dedah Bapanya, Amitabh Pernah Pinjam Duit Pekerja Untuk Beli Makanan
Aishwarya didakwa kini banyak menghabiskan masa bersama ibunya dan meninggalkan suaminya sendirian di rumah.“Hubungan mereka sudah lama bermasalah tapi terus bertahan kerana anak,” ujar satu sumber.