Laman Utama

Rumah Tangga Didakwa Bermasalah, Luqman Hafidz; “Saya Belum Bersedia Ulas Spekulasi Netizen”

gempak
Mya Amri
19/10/2022
16:05 MYT
Sponsor Banner
Rumah Tangga Didakwa Bermasalah, Luqman Hafidz; “Saya Belum Bersedia Ulas Spekulasi Netizen”
Pelakon Luqman Hafidz, 31, belum bersedia untuk menjawab spekulasi mengenai hal perkahwinannya dengan isteri, Nurul Atiqah Mad Apandi, 31 yang didakwa sudah berakhir.
Menurut Luqman atau nama sebenarnya, Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi, dia akan menjelaskan perkara itu apabila tiba masa yang sesuai.
“Apa yang boleh dikata, saya belum bersedia lagi berkongsi apa-apa berkaitan peribadi (rumah tangga). Selama ini pun, saya memang tidak pernah berkongsi soal peribadi berbanding karier.
"Bagi saya, setiap orang ada pendapat masing-masing untuk pandang setiap masalah itu macam mana.
“Sebabnya, kita semua tidak terlepas daripada mengalami masalah," katanya ditemui Gempak selepas sidang media mini siri Astana arahan pertamanya.
Tambah Luqman lagi, dia berharap berharap pendekatan yang diambilnya untuk tidak berkongsi apa-apa mengenai perihal peribadi ketika ini dihormati dan diterima baik semua orang kerana perkara itu agak sukar untuk diceritakan.
“Macam saya kata, daripada dulu lagi memang saya tidak pernah berkongsi kisah peribadi kepada umum. Saya faham sebagai anak seni, orang memang nak tahu cerita peribadi kita.
“Jadi, kalau orang masih nak buat spekulasi, terserah.Saya pun mahukan ketenangan, perkara itu (rumah tangga) saya akan cakap juga, cuma tunggu masa yang sesuai," jelasnya.
Luqman juga mengakui tidak dapat menutup mulut netizen yang membuat dakwaan berkenaan dan mahu memberikan fokus terhadap kerjayanya.
Terdahulu, Luqman mendirikan rumah tangga dengan Nurul Atiqah pada 20 Mac 2020 selepas empat tahun bercinta.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024