Hiburan

Rumah Tangga Didakwa Goyah & Suami 'Archive' Foto Di Media Sosial, Zehra Zambri Tampil Perjelas - "la Timbul Sejak Saya..."

gempak
Khairil Khusyairi
10/02/2025
01:50 MYT
Sponsor Banner
Rumah Tangga Didakwa Goyah & Suami 'Archive' Foto Di Media Sosial, Zehra Zambri Tampil Perjelas - "la Timbul Sejak Saya..."
Penyanyi Zehra Zambri tampil memperjelaskan dakwaan rumah tangganya bersama suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin, sedang goyah.
Menurut Zehra, 37, dia menafikan perkara tersebut sebaliknya memaklumkan hubungannya bersama dalam keadaan baik.
Malah, pemenang tempat kelima Gegar Vaganza 11 (GV11) itu turut menjelaskan suaminya itu tidak gemar untuk menonjol terutama dalam media sosial.
“Dalam rumah tangga ada naik turunnya, ada ujianya. Alhamdulillah, hubungan saya dengan suami baik-baik sahaja.
“Mungkin dakwaan itu timbul sejak saya sertai GV, orang mula mahu tahu kisah hidup peribadi saya.
“Suami jarang munculkan diri kerana dia bukan orang seni,” katanya kepada Gempak usai konsert akhir yang berlangsung malam tadi di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Jelas Zehra lagi, penampilannya di pentas GV11 juga mendapat restu dan sokongan daripada suaminya itu biarpun mengakui terpaksa berenggang seketika bersama anak-anak.
“Dia pernah beritahu, kalau boleh tidak mahu ada yang kenal siapa dia. Saya sertai GV pun atas restunya.
“Awal-awal GV dia teman saya, tapi sejak kebelangan ini anak kami perlu dijaga, jadi saya suruh dia yang jaga dan tidak perlu datang teman saya di GV,” jelasnya lagi.
Mengenai tiada gambar bersama suami di media sosial suami, Zehra memaklumkan suaminya itu telah menyimpan di arkib atau archive.
Kata Zehra, tindakan suaminya itu dibuat kerana dia tidak selesa dengan dunia seni.
“Gambar saya di IG dia, bukan dibuang, tapi di ‘archive’. Dia tak suka jika ada yang bertanya tentang dunia artis.
“Tapi dia tahu yang dirinya berkahwin dengan seorang penyanyi. Cuma mungkin belum biasakan diri lagi dengan suasana industri seni,” ujarnya.
Pada konsert akhir, Zehra menyampaikan lagu Berpaut Di Dahan Cinta untuk tugasan solo, Beribu Sesalan bagi tugasan duet bersama Jaclyn Victor dan Angkat untuk tugasan Rap Battle.
Zehra membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 beserta trofi.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Mohd Iqwan pada 10 Novemver 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024