UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Berita

Rumah Urut 'Pilih Kasih' Tawar Khidmat Hanya AS$1

Gempak 31/01/2025 | 07:55 MYT

Sebuah rumah urut di China menawarkan khidmat urut paling murah di dunia iaitu serendah AS$1 (RM4.39) kepada pelanggan wanita yang memiliki iPhone model terbaharu atau kereta mewah.

BERITA BERKAITAN: Tetap Professional Walaupun Bergaduh, Shahida Kongsi Kisah Asam Garam Rumah Tangga Bersama Aliff Syukri - “4 Bulan Tak Bercakap…”

BERITA BERKAITAN: Siti Jamumall Terpalit Isu Seleweng Wang Dana Lepas Beri RM33K kepada Isteri Along Cham - “Saya Yakin Kalau Afreena Menipu Dia…”

Salon di bandar Shenzhen di tenggara China juga membuat promosi kepada wanita popular di media sosial.

Mereka menawarkan perkhidmatan urutan detok di seluruh badan selama 80 minit dengan hanya 9 yuan (RM4.39).
Difahamkan urutan selama 80 minit di bandar biasanya berharga sekitar 200 yuan (RM120).
Kriteria tambahan termasuk menjadi pekerja syarikat teknologi terkemuka seperti Tencent atau Huawei, memegang kerakyatkan Hong Kong atau Macau dan pernah mengembara ke Eropah atau AS.
Pengaruh media sosial dengan lebih daripada 500,000 pengikut, pengasas jenama atau kerjaya profesional seperti doktor dan jurubank, juga layak.
Mesej dari kedai itu berkata., 'Jika anda tidak memenuhi syarat, teruskan bekerja keras pada tahun 2025!'.
Seorang kakitangan rumah itu memberitahu media di tanah besar China bahawa pakej berharga rendah itu didedikasikan kepada 'wanita yang sangat cemerlang' di Shenzhen.
Untuk melayakkan dia mendapat khidmat tersebut, pelanggan mesti menyertakan buktinya.
Sehingga berita ini ditulis, terdapat lebih daripada 100 pesanan untuk perkhidmatan itu telah dibuat pada aplikasinya.
Sumber: Sinar Harian

#Urut #Rumah #Kasih #Pilih
;