Laman Utama

Runut Bunyi Meremang, Nabila Huda Renung Cermin… Ini Trivia Menarik Filem Rahsia

Mya Amri
20/07/2023
09:50 MYT
Bakal ditayangkan pada 10 Ogos ini, Rahsia merupakan antara filem seram yang sangat dinanti oleh penonton.
Dengan tagline Dia Takkan Pergi, Rahsia bakal membongkar sejarah silam sebuah keluarga di mana Ramlah yang pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan serta anak-anak iaitu Marina dan Saiful berdepan dengan kejadian misteri.
Di sini Gempak kongsikan trivia menarik tentang Rahsia:
1. Rahsia merupakan filem seram ikonik arahan Othman Hafsham telah berjaya melakar fenomena suatu masa dulu dan menjadi filem seram pertama yang dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7, serta membolot tujuh anugerah dalam kategori lain.
2. Antara anugerah yang dimenangi adalah Pengarah Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Penata Bunyi Terbaik, Penata Seni Terbaik.
3. Filem asal Rahsia ditayangkan pada tahun 1987. Jadi disebabkan itu ramai yang tidak sabar menanti Rahsia versi reboot kali ini.
4. Legasinya kini diteruskan oleh anaknya, Shamyl Othman yang diberi kepercayaan untuk mengarahkan filem reboot Rahsia.
5. Shamyl sebelum ini menghasilkan filem kegemaran ramai ‘Kami Histeria’ dan drama bersiri ‘Kau VS Aku’. Manakala skrip Rahsia pula dihasilkan oleh creator drama premium One Cent Thief, Alfie Palermo.
6. Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular.
Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim.
Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.
7. Nabila sanggup tinggal di banglo yang digunakan untuk penggambaran filem ini yang terletak di Pulau Carey semata-mata untuk menjiwai watak Ramlah.
8. Pengarah juga memuji tahap dedikasi Nabila terhadap watak Ramlah dan kehebatannya dalam menyampaikan emosi karakter tersebut kepada umum.
9. Nabila turut menonton filem asal Rahsia yang diterbitkan pada 1987 sebagai rujukan untuk memahami jalan cerita dan juga watak Ramlah.
10. Nabila juga tidak berbual dengan sesiapa, hanya duduk depan cermin dan memahami watak.
11. Kalau nak tahu, naskhah hebat ini juga merupakan filem pertama yang dibintangi oleh Fikry Ibrahim.
12. Sewaktu penggambaran berlangsung, Qistina memaklumkan dirinya bersama Fikry Ibrahim terjatuh tangga ketika melakukan babak dukung.
Qistina berkata Fikry sempat menyelamatkan dirinya dengan meletakkan tangan di bahagian kepala Qistina untuk mengelakkannya terhantuk di lantai.
Bagaimanapun kata Qistina mereka berdua tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.
13. Runut bunyi Rahsia berjudul Alunan Lara dinyanyikan oleh Njwa. Sebaik sahaja dilancarkan di YouTube, rata-rata netizen mengakui lagu ini juga berjaya membuatkan bulu roma mereka meremang.
14. Rahsia adalah terbitan Astro Shaw bersama Five Star Trading.
Jadi jangan lupa saksikan Rahsia yang dijadualkan tayangan di pawagam seluruh negara bermula 10 Ogos ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

14 Karya Astro Tercalon Dalam ContentAsia Awards 2024

gempak
19/07/2024
08:31 MYT
Astro telah berjaya memperoleh 4 pencalonan pada Anugerah ContentAsia pada tahun 2024.
Sukan

Ikuti Perjuangan & Misi Emas Negara Di Olimpik Paris 2024 Di Semua Platfom Astro! Setiap Aksi, Tak Kira Masa Atau Di Mana Jua

gempak
17/07/2024
07:11 MYT
Bagi meraikan kegemilangan atlit negara di pentas dunia, Astro dengan bangganya akan membawakan 18 saluran khas buat semua pelanggan Astro dalam definisi tinggi (HD).
goldmovie

#Gold: Jack Tan Kongsi Cheah Liek Hou Rasa Gembira Tonton Filem Gold, Harap Dapat Motivasikan Orang Ramai

gempak
15/07/2024
13:25 MYT
Pelakon watak Cheah Liek Hou, Jack Tan menyatakan bahawa atlet badminton paralimpik tersebut berasa gembira dengan kejayaan watak yang dibawakan.
goldmovie

#Gold: “Banyak Babak Menyentuh Hati” - Pengarah Chiu Dao Anggap Filem Gold Mengharukan & Wajib Ditonton

gempak
13/07/2024
12:05 MYT
Menceritakan tentang pengorbanan dan usaha dalam mengecapi kejayaan, filem Gold berjaya meraih perhatian pengarah yang terkenal dengan karya-karya menyentuh hati, Chiu Dao.
goldmovie

#Gold: Gemuk & Kuruskan Diri Dalam Masa Singkat, Jack Tan Berusaha Keras Jayakan Watak Cheah Liek Hou

gempak
12/07/2024
12:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Jack Tan berkongsi perubahan bentuk badannya dalam menjayakan watak Cheah Liek Hou menerusi filem Gold.