Penyanyi dari Indonesia, Tegar mengaku marah saat menerima satu komen yang sangat tidak patut terhadap anak sulungnya, Abidzar.
Bersama isterinya, Sarah Sheilka, Tegar mengatakan komen yang dihantar menerusi Direct Message (DM) di Instagram sebelum ini berisi kata penghinaan.
Netizen yang menghantar DM dan meninggalkan pesanan audio itu menghina Abidzar seperti seekor b*b*.
"Jadi sebelum ini ada seorang netizen menghantar DM kepada saya. Dia menghina anak kami mirip seekor b*b*. Bukan hanya menulis, tapi dia kirim audio yang berbunyi penghinaan kepada Abidzar," kata Tegar melalui saluran YouTubenya dengan judul Dear Netizen.
Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang itu, dia sebenarnya bukan seorang yang suka membaca DM yang dihantar kepadanya. Namun hatinya tergerak untuk membuka salah satu DM yang dihantar.
"Bila saya buka, ternyata dia menghina anak kami. Bukan sekali rupanya, banyak kali dia menghantar DM yang isinya penghinaan," jelas Tegar lagi.
Isterinya yang merupakan seorang instafamous itu kemudian memberitahu telah berhubung dengan penghantar DM yang menghina anak mereka.
Kata Sarah, netizen tersebut merupakan seorang wanita yang telah memiliki anak.
"Dia seorang perempuan, sudah punya anak juga. Sungguh, saya tak habis fikir mengapa dia tergamak mengeluarkan penghinaan seperti itu sedangnya dia juga seorang ibu dan ada anak," kata Sarah kecewa.
Tegar kemudian ikut meluahkan kekecewaannya, katanya: "Mengapa dia tidak menjaga perkataan dan mengatakan Abidzar seperti seekor b*b*."
Meski marah, pasangan muda ini sudah memaafkan perbuatan netizen tersebut setelah dia meminta maaf kepada mereka.
"Namun ternyata ada netizen lain yang ingin melaporkan dia kepada polis kerana mengeluarkan kata kata kesat terhadap kami," kata Sarah yang tetap tidak ingin memanjangkan hal ini kepada pihak berkuasa.
Instagram: @tegar_official
Maliah Surip
Wed Dec 09 2020
Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.