Selain berjaya dalam bidang lakonan, aktor Bollywood Salman Khan ternyata memiliki bakat melukis.

Memetik laporan The Indian Express, hasil lukisan Salman yang diberi nama Immortals akan dipamerkan di sebuah pameran seni di Bengaluru.

Salman mengalami perasaan bercampur baur, gembira dan pada masa yang sama agak janggal kerana lukisannya itu akan dipamerkan bersama hasil kerja barisan pelukis hebat lain.

Bintang berusia 56 tahun ini berkongsi tentang perasaannya itu menerusi entri di Instagram.

"Janggal, malu, gembira, terharu dan rasa diberi penghormatan kerana diberi peluang mempamerkan hasil kerja saya bersama pelukis hebat lain dan legenda seperti Raja Ravi Varma, Abanindranath Tagore dan VS Gaitonde.

"Terima kasih atas penghormatan ini!" tulisnya.

A post shared by Salman Khan (@beingsalmankhan)


Difahamkan, Salman memiliki 'bakat terpendam' itu selama 15 tahun sebelum ini dan ini.

Pameran yang diberi nama The Masters & The Modern itu adalah hasil kolaborasi bersama Google Arts dan memulakan pertunjukan pada 27 Februari hingga 10 Mac 2021.

Kredit Foto : Instagram Salman Khan & The Indian Express