Hiburan
"Rupa Tak Penting Janji Jangan 'Bau Keti' Sudahlah" - Dina Nadzir Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Idaman!
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir menegaskan ciri-ciri lelaki idamannya mestilah seorang pembersih dan tidak mempunyai masalah bau ketiak.
Menurut Dina, pada usianya yang telah memasuki 35 tahun, tidak dinafikan dia juga tercari-cari teman istimewa untuk mengisi 'kekosongan' diri.
"Tapi saya tidaklah sunyi walaupun hampir 10 tahun putus cinta dengan kekasih lama. Kalau nak luah masalah, saya sentiasa ada ibu dan bapa mahupun rakan.
"Kalau soal lelaki pilihan pula saya tak kisah, rupa tak penting janji jangan bau ‘keti' (ketiak)," katanya.
Jelas Dina, dia memang ada masalah dengan individu yang berbau.
"Bukan bau ketiak je, bau kaki pun saya tak boleh. Kalau ada kawan rapat yang berbau pasti saya akan tegur.
"Selain tidak berbau, saya juga harapkan seorang lelaki yang bijak. Memang dulu muda kita nak kacak je, tapi bila dah matang ni, kita lebih suka lelaki yang bijak dan berilmu," katanya.
Dina berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengenalan duta baru SSKlinic yang berlangsung di Damansara 3, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Pada majlis tersebut, Dina dilantik sebagai duta bagi klinik kecantikan tersebut.
Difahamkan, SSKlinic menawarkan pelbagai jenis rawatan estetika serta program pelangsingan badan.
Setiap rawatan dilakukan oleh sekumpulan pakar perunding, ahli terapi dan pakar kecantikan yang berkemahiran tinggi.
Must-Watch Video