Hiburan

“Rupanya Ada Masa 20 Hari Je Dengan Dia” – Aril Pilus Rindu Arwah Abang

gempak
Mya Amri
20/01/2020
11:00 MYT
Sponsor Banner
“Rupanya Ada Masa 20 Hari Je Dengan Dia” – Aril Pilus Rindu Arwah Abang
Penyanyi Aril Pilus meluahkan rasa rindu terhadap arwah abang kesayangannya, Izwan Pilus yang meninggal dunia lapan tahun lalu.
Mengimbas kembali momen bersama abangnya, Aril berkongsi coretannya menerusi akaun Instagram (IG)nya hari ini.
Entri itu juga turut disertakan dengan foto arwah abangnya.
“Lapan tahun pemergianmu, rasa seperti baru semalam kita bertemu. Damai lah di sana saudaraku, moga Allah S.W.T merahmati Mu… Amin!
“December 2011, tahun baru saya di Koh Samui, ride big bike dengan abang-abang dan kawan-kawan, tiba-tiba tergerak hati nak call arwah dan bagitahu dia
“Wan! Aku dah sampai Koh Samui” dia tekejut sebab tak bagitahu tahu dia, tahu-tahu dah sampai Thailand.
“Dia cuma cakap “kau jaga diri elok-elok, jangan gila-gila sangat!” Lepas hang up the phone, saya text kat WhatsApp ucap selamat tahun baru, then dia hantar icon ni —>??‍♀️.
“Yang peliknya, sebelum-sebelum tu saya kemana-mana merayau tak hairan pun nak bagitahu tau dia mana saya pergi, lepak mana atau ride moto dekat mana tapi pelik, hari tu saya text call bagitahu dan text dia.
“Rupanya saya ada masa 20 hari je dengan dia, sebelum dia meninggal dunia... okay tu je! Love you abang Wan, tunggu aku okay!” tulisnya.
8 tahun pemergianmu, rasa seperti baru semalam kita bertemu ? damailah disana saudaraku, moga Allah swt merahmati mu.. amin! . Ada 1 cerita, saja nak share dgn korang, december 2011, tahun baru saya di koh samui, ride big bike with abg2 dan kawan2 @motorcorner , tiba2 tergerak hati nak call arwah ni, and bgtau dia “wan! Aku dah sampai koh samui” dia tekejut sebab tak bg tau dia, tau2 da sampai thailand ?. Dia cuma ckp “kau jaga diri elok2, jgn gila2 sgt!” Lepas hang up the phone, saya text kat whatsapp ucap selamat tahun baru, then dia hantar icon ni —>??‍♀️. Yg peliknya, sebelum2 tu saya kemana2 merayau tak heran pon nak bg tau dia, mana saya pegi, lepak mana atau ride moto kat mana, tapi pelik, hari tu saya text call bgtau dan text dia.. rupanya saya ada masa 20 hari je dengan dia, sebelum dia meninggal dunia.. ok tu je! Huhuu.. love you abg wan, tunggu aku ok! ? #IzwanPilus #ThePilusBrothers
A post shared by The Official Aril AF™ (@arilpilus) on
Kapsyen Aril itu mengundang sebak pengikut IGnya dan mereka mendoakan agar arwah Izwan Pilus ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
“Al-Fatihah... Teringt buat show sama-sama dengan arwah… Lepas pada tu dengar arwah dah tak ada. Semoga tenang di sana. Amin,” komen @yen_ali1805
“Teringat dulu masa time sekolah minat gila dekat arwah. Siap tulis surat, yang terharunya dia balas. Lepas tu bila tahu dia dah tak ada rasa sedih sangat-sangat,” tulis @eykaaharun
Terdahulu, Allahyarham Izwan Pilus menghambuskan nafas terakhir pada 20 Januari 2012 disebabkan jangkitan kuman dalam darah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live