,
Laman Utama

Rupanya Alien Beri Kuasa Pada Barkoba, Pak Karim & Wani, Netizen Pecah Perut Tengok Aksi Penduduk Kampong Pisang!

Azwa Rahman
23/02/2021
06:50 MYT
Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri telah menemui penonton dengan episod ke-12 berjudul Alam Pak Din (bahagian 2) pada malam tadi.
Diarahkan oleh sutradara tersohor, Mamat Khalid, episod kali ini menampilkan pelakon jemputan Nasir Jani dan Faizal Chal sebagai makhluk asing yang menaiki UFO dan singgah di Kampong Pisang.
Kejadian aneh bermula apabila Barkoba menjadi gagah, Wani menjadi pintar dan Pak Karim berlari pantas.
Manakala Pak Jabit pula bertanding merebut jawatan ketua kampung selepas kematian Pak Din.
Rupa-rupanya, kejadian tersebut adalah sebahagian eksperimen yang dilakukan oleh alien terbabit untuk melihat sama ada manusia masih berbuat baik jika diberikan kuasa.
Meninjau ke ruangan Twitter, ramai wargamaya yang terhibur melihat aksi handal Pak Karim, Barkoba dan Wani setelah mereka mendapat kuasa.
“Lain macam Pak Karim, laju betul dia berlari,” komen seorang wargamaya.
“Tak pernah tak lawak. Tiap minggu mesti tertunggu tunggu dengan family depan TV,” kata seorang wargamaya.
“Pak Karim jadi The Flash ooooo,” tulis seorang wargamaya.
“Episod paling HAUK & HARU malam ni la. Ada ALIEN ASING wo. Nak eps akhir tu,” ujar seorang wargamaya lagi.
Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.
Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.
Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Hiburan

“Air Mata Jatuh… Ambil Masa 2 Tahun Kumpul Semangat”- Amin Khalid Sayu, Pilih Teruskan Legasi Bapa Buat Projek 19 Puasa

gempak
13/03/2024
12:55 MYT
Amin teruskan legasi bapa.
Laman Utama

Anak Mamat Khalid Realisasikan Menu Mi Kari Kuah Laksa Di Ah Mat Cafe

gempak
15/11/2023
05:55 MYT
Ini cerita di sebalik menu popular dalam filem Kampung Pisang Bersiri ini
Laman Utama

“Tinggal Watak Apa Untuk Kami? Jadi Nenek Atau Hantu Je Ke?” Delimawati Susah Dapat Job Sejak…

gempak
07/11/2023
03:55 MYT
Ini keluhan Delimawati
Laman Utama

Sudah 40 Tahun Ahli Astronomi Tunggu Makhluk Asing Balas Mesej, Apa Hasilnya?

gempak
02/09/2023
14:56 MYT
Dua orang ahli astronomi dari Universiti Standford masih menanti jawapan