Rupanya Awie Sambut Hari Jadi Di Makkah, Selamat Pulang Ke Tanah Air

Elrafaei Sapi
November 30, 2018 10:11 MYT
Hujung tahun memang ramai yang mengambil kesempatan pergi bercuti termasuk vokalis rock terkenal, Datuk Awie yang selamat pulang dari mengerjakan umrah semalam.
Ketibaan Awie di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut isteri dan anak-anaknya bersama peminat yang juga ahli Sayap-Sayap Wings.
"Datuk Awie telahpun selamat pulang ke tanah air jam 6.30 petang tadi dari mengerjakan ibadah umrah bersama-sama sahabat-sahabat WMGS," makluman daripada status terkini yang dimuat naik menerusi akaun Instagram @sayap2wings.
Pada 24 November lalu, Sayap-Sayap Wings memuat naik satu status di IG mereka dengan mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Awie yang ketika itu mengerjakan umrah.
Rupanya Awie meraikan hari jadinya ke-50 di Tanah Suci pada tarikh tersebut.
Dalam video yang dimuat naik menerusi status yang sama, Awie kelihatan sihat dan kepulangannya turut diraikan keluarganya.
Rasa syukur juga dikongsi peminat Awie dan Wings menerusi komen pada status berkenaan.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @sayap2wings
#Awie #Sayap-Sayap Wings