Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rupanya Cerita Olympic Dream Sangat Serupa Dengan Pengalaman Hidup Ong Ewe Hock!

Fiza Kamarudin
11/10/2021 10:54 MYT
Legenda badminton negara, Ong Ewe Hock mendedahkan filem Olympic Dream, mempunyai persamaan dengan pengalaman hidupnya.

Menurut Ewe Hock, kali pertama melihat skrip yang diberikan oleh Don Hoe kepadanya, dia sudah tertarik.

“Ketika pengarah memanggil saya untuk menjelaskan tentang konsep skrip, saya sangat tertarik dengan jalan ceritanya.

“Saya juga merupakan atlet kebangsaan dan kebetulan jalan cerita filem ini sangat serupa dengan pengalaman hidup saya.

“Jadi saya terus berjanji dengan pengarah akan cuba yang terbaik untuk bekerjasama dengan beliau,” katanya.

Membawa watak sebagai Coach Ong, Ewe Hock merupakan bekas pemain badminton kebangsaan yang telah banyak mengharumkan nama negara.

Beliau juga pernah menjadi pemain badminton kedua dunia dan nombor satu negara serta sangat dikenali dengan aksinya yang tangkas.

Anak kelahiran Pulau Pinang berusia 49 tahun ini pernah memenangi beberapa perlawanan di peringkat antarabangsa iaitu Juara Berkumpulan Piala Thomas pada tahun 1994, Malaysia Open Single Champion (1996), German Open Singles Runner-up (1996), Danish Open Singles Runner-up (1996), All England Singles Runner-up (1998), Thomas Cup Team Runner-up (1998), Commonwealth Game Team Gold (Captain) (1998), Sea Games Team Gold (Captain) (2001), Malaysia Open Singles Champion (2001), Thomas Cup Team Runner-up (2002).

Jangan lupa saksikan Ong Ewe Hock bersama legenda badminton negara yang lain seperti Datuk Rashid Sidek dan Cheah Soon Kit bersama bintang badminton Vivian Hoo serta Woon Khe Wei menerusi Olympic Dream.

Olympic Dream kini sedang ditayangkan di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.

Lagi menarik mengenai Olympic Dream, filem ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada sukan badminton tetapi dipadatkan lagi dengan konflik dan babak dramatik yang mengajak penonton untuk menghayati perjuangan seseorang dalam usaha mencapai impian, di samping babak-babak mendebarkan ibarat menonton perlawanan sebenar
#Astro First #Olympic Dream #Don Hoe #Ong Ewe Hock
;