Rupanya Cinta Pandang Pertama Fazren Rafi Berputik Ketika Cuci Kereta

Elrafaei Sapi
Julai 12, 2018 15:30 MYT
Pelakon popular, Fazren Rafi masih teringat kisah cinta pandang pertamanya dengan isteri apabila mereka bertemu ketika terbabit dalam satu program amal, cuci kereta.
Ujarnya, pertemuan itu berlaku 10 tahun lalu ketika dia masih popular selepas membintangi drama bersiri popular, Spa Q.
"Ok sambung cerita perkenalan faz dgn isteri.. masa nie faz mewakili media hiburan dan isteri faz wakil dara.com utk charity car wash.. dalam byk wanita kt sana faz tertarik pada isteri faz.. itu la cinta pandang pertama ku.. nk tegur malu.. tp faz beranikan diri pergi tegur.. muka u mcm kawan i la.. ayat pertama faz..," katanya seperti mana dipetik menerusi status di Instagramnya, hari ini.
Fazren memberitahu ketika mereka terbabit dalam aktiviti mencuci kereta itu, dia mengambil kesempatan menjeling ke arah gadis tersebut.
"lepas tue ckp lagi benda yg sama serius muka u mcm kawan i.. padahal xde pun.. time cuci kereta mata nie asyik duk usya dia je takut dia balik.. tup tap tup tap.. semua nk balik.. aduh nk buat mcmana nie.. nk bg no phone nanti kwn2 dia nampak..," katanya.
Sambungnya, dia kemudian berpeluang mendapat nombor telefon gadis itu selepas mengetahui wanita idamannya itu tinggal di Pantai Dalam.
"Cantik faz student um mmg suka mkn kt char kuew tiow kt pantai dalam.. so faz ckp char kuew tiow sana sedap nanti boleh kita pi mkn sama2 so dia amik la no faz sampai la skrg dia dah jadi bini faz..," katanya.
Sempena mengingati semula tarikh 12 Julai sebagai hari perkenalan pertama mereka, Fazren juga berseloroh agar isterinya banyak bersabar dengan perangainya untuk 100 tahun akan datang.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @fazrenrafi
#Spa Q #Fazren Rafi