Berita baik buat guru yang dijangkiti Covid-19, mereka sebenarnya boleh membuat tuntutan sehingga RM300.

Perkara tersebut didedahkan Ketua Pegawai Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Datuk Wan Munadi Wan Mamat.

Menurutnya, dia menggesa ahli yang disahkan positif Covid-19 supaya membuat tuntutan manfaat kebajikan.

Jelasnya, manfaat terbaharu diwujudkan YGMB ini boleh dituntut sejak Jun tahun lalu.

“Manfaat baharu itu diperkenalkan YGMB susulan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara pada awal tahun lalu.

“Ada dikalangan ahli yang masih belum mengetahui inisiatif baharu ini.

"YGMB berharap manfaat baharu ini dapat meringankan beban ahli yang terkesan dengan pandemik Covid-19," katanya.

Wan Munadi berkata, semua kategori ahli YGMB membabitkan ahli Seumur Hidup, ahli Skim 16, ahli Skim 18 dan terbaharu Skim Emas layak untuk membuat tuntutan sekiranya disahkan positif Covid-19.

“Atas faktor peningkatan kes harian Covid-19 ketika ini, YGMB juga menerima banyak tuntutan daripada ahli-ahli yang disahkan positif pandemik ini,” katanya.

Sumber : Harian Metro