Rupanya Ini Perkara Yang Boleh Buat Alif Satar Dan Lisa Surihani Hilang Sabar!

Mya Amri
Ogos 11, 2020 13:47 MYT
Pelakon Lisa Surihani dan Alif Satar merupakan antara selebriti dikenali sebagai seorang yang sweet.
Disebabkan keperibadian dan sikap positif mereka, Alif dan Lisa juga turut digelar sebagai ‘Malaysian Sweethearts’.
Namun Alif dan Lisa mengakui ada beberapa perkara yang boleh membuatkan mereka hilang sabar.
“Saya tak suka buat bend dua kali. Bila kita dah buat betul-betul tetapi disebabkan satu benda kita kena buat lagi sekali. Sebab saya hidup dalam momen, saya tidak mahu terlepas momen-momen sebelum ini. Bukan tak kena, tetapi bila kita buat sekali lagi nanti magisnya hilang. Momen itu tak sama,” jelas Alif.
“Jika ada sesiapa yang berkata mengenai perkara tidak enak atau tidak elok tentang keluarga saya. Pernah ada yang bercakap dan masa itulah yang membuatkan saya rasa tersungkur juga dengan kesabaran saya. Saya tidak marah orang itu. Walaupun reaksi saya tak marah namun saya tetap memberikan reaksi,” kata Lisa.
Alif dan Lisa berkongsi perkara itu menerusi program Rumah No 107.
Rumah No 107 dihoskan oleh Khir Rahman bersama Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.
Jangan lupa saksikan episod penuh Alif dan Lisa menerusi Rumah 107 pada Jumaat, jam 9:00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.
#Lisa Surihani #Alif Satar #Rumah No 107