Hiburan
"Rupanya Itulah Momen Terakhir Kami" - Ayah Abby Fana Meninggal Dunia
Penyampai radio Sinar, Abby Fana memaklumkan bapa kesayangannya, Omar Abu Bakar telah menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu (25 Oktober).
Berita duka itu disampaikan oleh Abby menerusi kemas kini terbaru akaun Instagramnya.
"Semua kita akan ke sana juga kan..Terima kasih semua di atas ingatan dan doa kalian.
"Mohon sedekahkan al-fatihah buat ayahanda saya Omar bin Abu Bakar.
"Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh. Amin..
"Terlalu banyak kenangan antara saya dan ayah.. Kenangan yang ini (swipe) terakam pada 20.10.2019..
"Tiada apa yang luar biasa cuma saya sempat meminta ampun dan maaf daripada ayah, mohon halal makan minum dunia dan akhirat.
"Ayah angguk sambil berkata 'ya nak', kami saling berpelukan dan saya cium ayah..Rupanya itulah momen terakhir kami," tulisnya.
Di ruangan komen, rakan artis dan peminat turut meninggalkan ucapan takziah serta bersama-sama berduka.
Gempak ucapkan salam takziah kepada Abby dan keluarga.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah.
Must-Watch Video