Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rupanya Macam Ni Petua Nak Hilangkan Bau Badan…

Firdaus
29/12/2023 07:55 MYT
Bila bersosial, siapa sahaja yang yakin bila mempunyai masalah bau badan?

Oleh sebab itu, seorang pengguna TikTok berkongsi petua untuk menghilangkan masalah ketiak berbau.

BERITA TRENDING: Ketiak Pemandu E-Hailing Berbau, Penumpang 'Separuh Mati' Tahan Nafas - "Kami Faham Sibuk, Tapi..."

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Mahadi Abdullah, dia memberi tips pertama di mana seseorang itu perlu menggunakan bahagian belakang tapak tangan untuk menggosok bahagian ketiak.

“Masa anda mandi, selepas gunakan sabun, gosok permukaan belakang tapak tangan di bahagian ketiak,” katanya.

Dalam pada itu, pemuda tersebut turut berkongsi tips kedua, iaitu dengan cara menggosokkan kepala lutut pada bahagian ketiak.

“Cara kedua gunakan kepala lutut. Gosokkan ketiak anda di kepala lutut, buat dua-dua bahagian,” jelasnya.
undefined
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui keberkesanan tips berkenaan.

“Betul lah kata arwah mak aku dulu suruh buat macam tu, tapi menjadi tau,”

“Betul, saya juga amalkan ni,”

“Memang betul, belakang tapak tangan je pun boleh.”

Setakat artikel ini ditulis, tips yang dikongsi itu meraih lebih 14,000 tanda suka dan hampir 900,000 tontonan.

Sumber: TikTok
#Viral #Petua #TikTok #Bau Badan
;