Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rupanya Mudah Je Resipi Daging Dendeng... Senang Sangat, Sedap Pulak Tu!

Kamaruddin Razal
15/07/2020 20:01 MYT
Daging dendeng merupakan makanan yang menjadi pembuka selera dan sesuai dijamu dalam pelbagai cara.

Anda boleh menikmati daging dendeng bersama nasi panas, ketupat, nasi impit, roti dan banyak lagi cara lain lagi.

Rupanya, cara untuk menyediakan daging dendeng sangat mudah, simple je!

Gempak kongsikan resepi daging dendeng di bawah:

Bahan-bahan:

500 gram daging yang dihiris dan direbus bersama bawang putih, ketumbar & halia.
4 biji cili merah, 4 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih & daun limau purut.
Minyak masak.
Garam & gula secukup rasa.

Cara-cara:

Lenyek daging yang telah direbus.
Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan daging ke dalam kuali & goreng sehingga garing kemudian toskan.
Gunakan minyak yang sama untuk menggoreng daging, masukkan cili merah, bawang merah, bawang putih dan goreng sehingga garing.
Masukkan bahan-bahan yang telah digoreng ke dalam alat pengisar, letakkan garam serta gula secukup rasa & kisarkan ia.
Masukkan kembali bahan yang telah dikisar dalam kuali sama dan kacau sehingga naik bau.
Masukkan daun limau purut.
Masukkan daging dan gaulkan rata.

Mudah je kan? Ha, kalau anda nak tonton cara-cara memasak dengan lebih jelas, saksikan episod Iftar Ala King musim kedua yang dihoskan oleh Naim Daniel di bawah:












#Daging Dendeng #Resipi
;