HIBURAN
Rupanya Nam Ron Ada ‘Stage Fright’, Banyak Kali Fikir Sebelum Terima Teater - “Pensyarah Beritahu Saya Tidak Boleh Berlakon…”
Pelakon hebat, Nam Ron mendedahkan dirinya takut beraksi secara langsung di pentas teater.
Menurut Nam Ron, dia sememangnya mempunyai masalah ‘stage fright’ dan disebabkan itu aktor ini sering mengelak tawaran lakon pentas atas kelemahannya itu.
"Saya tidak suka naik pentas dan berada di atasnya. Apabila orang tengok, saya tidak suka.
"Saya tidak suka dilihat, apatah lagi diperhatian di atas pentas. Saya pernah berlakon di pentas dua kali atau tiga kali sahaja.
“Saya orang teater, namun, saya bermula dengan kerja pengarahan. Ketika belajar dahulu, saya minat fokus kepada kerja pengarahan.
“Pensyarah beritahu saya tidak boleh jadi pelakon. Jadi, saya ambil nasihat pensyarah dan mula tulis skrip serta mengarah. Jadi, saya lupakan soal hendak jadi pelakon," jelasnya.
Nam Ron berkata demikian ketika ditemui di sidang media teater Persiapan Seorang Aktor pada Rabu.
Tambah Nam Ron lagi, disebabkan sindrom takut pentas itu, dia terfikir sama ada mahu menerima pelawaan penerbit, Mask Team dan pengarah, Syahrul Musa bagi membintangi teater Persiapan Seorang Aktor atau tidak.
"Saya masih ingat ketika menjayakan pementasan di mana watak yang dibawa perlukan saya baca doa. Saya hafal semua doa.
“Tetapi apabila naik ke pentas dan angkat muka, saya nampak penonton yang wajahnya persis U-Wei.
“Lantas terus hilang doa yang saya hafal. Namun, akhirnya, saya pilih untuk atasi ketakutan dan sahut cabaran demi teater Persiapan Seorang Aktor," katanya.
Teater Persiapan Seorang Aktor akan dipentaskan di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya, selama empat hari mulai 17 Julai ini.
Selain Nam Ron, teater ini menampilkan pelakon Aloy Paradoks dan Fazleena Hishamuddin.
Persiapan Seorang Aktor menyelongkar kisah seorang pelakon lelaki yang obses untuk mencapai kesempurnaan dalam lakonan, bukan sahaja sebagai aktor terbaik di Malaysia, malah, melangkaui kehebatan legenda seni pentas dunia.
Stage fright