Laman Utama

Rupanya Pontianak Pun Lepak Pontibar? Episod 4 Ex Aku Pontianak Lebih Mendebarkan!

Azwa Rahman
09/02/2022
05:46 MYT
Sebuah drama bersiri di bawah Gempak Original Series, Ex Aku Pontianak telah menemui penonton dengan episod ketiga pada malam ini.
Drama bergenre komedi seram ini menampilkan barisan pelakon seperti Ikmal Amry, Elizabeth Tan dan Raysha Rizrose, Alicia Amin, Maya Hanum Fikhree Bakar, Nabil Zakaria dan Arwan.
Bukan itu sahaja, drama ini juga diserikan dengan pelakon handalan seperti Fatimah Abu Bakar dan Datuk Malek Noor serta penampilan nama-nama besar selaku cameo seperti Amber Chia dan pelumba negara Alex Yoong.
Episod kali ini mengisahkan Malik dan pemburu pontianak, Suraya melarikan diri dari serangan zombi Amran dan Zafran.
Trauma kerana diganggu, Malik tumpang berteduh di rumah Suraya dan keluarganya.
Tapi Malim tak tinggal diam, dia mencadangkan untuk Suraya ekori Fifi dan Jay yang rupanya ke Pontibar! Rahsia mereka akan terbongkar?
Diilhamkan oleh Anwar Hadi, drama terbitan syarikat produksi Red Comm ini Shamyl Othman selaku sutradara dan sokongan panel penulis skrip yang terdiri daripada Sharmaine Othman, Suzanne Ong dan Akmal Nahar.
Istimewanya lagi, kini anda boleh menyertai kuiz Ex Aku Pontianak dengan menjawab 10 soalan sepanjang 10 episod drama bersiri ini.
Untuk menyertai kuiz Ex Aku Pontianak, klik di sini.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Ex Aku Pontianak pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 19 Januari 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104).
Ia turut boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Digosipkan Sedang Berkawan Rapat Dengan Amir Ahnaf, Alicia Amin ; “Yang Saya Pernah Jumpa…”

gempak
15/05/2023
02:50 MYT
Alicia jawab gosip mengenai dia dan Amir.
Laman Utama

Pernah Bercerai! Alicia Amin Belum Ready Fikir Soal Cinta - "Saya Nak Cuba Untuk ..."

gempak
24/04/2023
02:55 MYT
Alicia mahu fokus diri & kerjaya.
Laman Utama

[VIDEO] Bertahan Hanya Setahun, Alicia Amin Sah Bercerai Talak Satu - “Saya Masih Sayangkan Dia Tetapi…”

gempak
02/03/2023
08:41 MYT
Alicia sah bercerai...
Laman Utama

Isu Bayaran Model KLFW Selesai, Akhirnya Perjuangan Alicia Amin Berhasil; “Walaupun Ada Syarikat Guaman Menawarkan…”

gempak
22/09/2022
03:40 MYT
Alicia Amin lega isu bayaran model sudah selesai.
Laman Utama

Protes Alicia Amin Di KLFW2022, Ramai Mulai Bersuara! - "Siapa Belum Dapat Bayaran Datang Jumpa Saya"

gempak
20/08/2022
04:50 MYT
Peragawati dan pelakon Alicia Amin tampil berani dengan melakukan protes di perkarangan dan pintu masuk pusat beli-belah terkenal Pavilion Kuala Lumpur, lokasi sedang berlangsungnya Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022) baru-baru ini.