Laman Utama

Rupanya Semua Adalah Mimpi Pak Din! Netizen Luah Rasa Sebak Kampong Pisang Bersiri-Siri Dah Sampai Penghujung

Azwa Rahman
02/03/2021
07:49 MYT
Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri telah menemui penonton dengan episod ke-13 berjudul Alam Pak Din (bahagian akhir) pada malam tadi.
Diarahkan oleh sutradara tersohor, Mamat Khalid, episod kali ini menampilkan pelakon jemputan Nasir Jani dan Faizal Chal sebagai makhluk asing yang menaiki UFO dan singgah di Kampong Pisang.
Selain itu, pelakon Imuda juga turut membuat kemunculan istimewa sebagai Zali Zan Ziba, ketua gangster Batu Gajah yang ingin membalas dendam pada penduduk Kampong Pisang.
Kehadiran alien yang memberi hadiah kepintaran pada Wani, kekuatan pada Barkoba dan kelajuan pada Pak Karin telah menarik balik kuasa terbabit kerana ia telah disalah guna.
Masing-masing akhirnya akur pada kelemahan diri sendiri dan membuatkan mereka tidak lagi riak dengan kehebatan diri.
Malah, apa yang berlaku dalam dua episod Alam Pak Din sebelum ini adalah mimpi Pak Din sendiri yang tertidur di waktu senja.
Di laman Twitter, ramai wargamaya meluahkan rasa sebak apabila Kampong Pisang Bersiri-Siri sudah sampai penghujung.
Malam ni Kampong Pisang episod akhir,” kata seorang wargamaya.
Sedih sesangatnya nak habis dah huhu. Harap boleh ada lagi sambungan ya,” luah seorang wargamaya.
Tahniah semua krew & Mamat Khalid. Pasti dirindui semua pelakon kelakar ni. Dari tahun lepas 2020 hingga 2021 baru berakhir dengan gempak & berevolusi,” komen seorang wargamaya.
Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.
Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.
Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
goldmovie

#Gold: Gemuk & Kuruskan Diri Dalam Masa Singkat, Jack Tan Berusaha Keras Jayakan Watak Cheah Liek Hou

gempak
12/07/2024
12:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Jack Tan berkongsi perubahan bentuk badannya dalam menjayakan watak Cheah Liek Hou menerusi filem Gold.
goldmovie

#Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

gempak
05/07/2024
09:55 MYT
Pelakon, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Laman Utama

Pemenang Utama ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ Terkejut Dapat Kereta Proton X50 - “Kira Macam Hadiah Hari Jadi Saya”

gempak
02/07/2024
04:55 MYT
Pemenang utama kempen ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ iaitu Mohd Zaki Hassan, 41 melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah kereta jenama Proton X50.