Episod 2 Gossip Girl Indonesia semalam gamat menyaksikan pelbagai drama dan konflik hubungan persahabatan antara Serena dengan Blair dan juga Danny.
Siapa sangka rupanya Serena dan kekasih Blair iaitu Nathan melakukan hubungan sulit di rumah kawan baiknya sendiri.
Blair berang dan menganggap kawannya Serena telah mengkhianati sahabatnya sendiri. Namun Serena memberi alasan dengan menyangka hubungannya mereka sudah putus.
Tidak tamat di situ sahaja, Blair yang mendapat tahu Serena seperti sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan Danny mula merancang sesuatu.
Blair merancang untuk menjadikan hubungan Serena dan Danny lebih haru apabila telah ‘spill the tea’ tentang Serena ada melakukan hubungan ranjang dengan Nathan.
Danny yang mengetahuinya terkejut dan terus berlalu pergi setelah mempercayainya tanpa mendengar apa jua alasan Serena.
Adakah hubungan Serena dan Danny dapat diselamatkan? Saksikan episod ketiga Gossip Girl Indonesia minggu hadapan.
Gossip Girl Indonesia yang ditayangkan di On Demand serta Astro Citra, saluran 108 setiap hari Isnin, jam 9 malam.
Drama siri popular Amerika Syarikat terbitan Warner Bros, Gossip Girl yang memaparkan kisah remaja dari keluarga sosialit di Manhattan telah diadaptasi dalam versi Indonesia dengan menggunakan tajuk ‘Gossip Girl Indonesia’, dan kini temui penonton Malaysia buat pertama kali menerusi platform Astro.
Drama bersiri 9 episod tersebut telah pun memulakan tayangannya pada 7 Februari lalu.
Gossip Girl Indonesia dibintangi oleh Amanda Rawles (yang sebelumnya membintangi filem Jailangkung) sebagai Serena Darsono, Baskara Mahendra (pelakon filem The Way I Love You) sebagai Denny Hakim, Jihane Almira (Ayat-Ayat Cinta 2)sebagai Blair Hadiningrat, Tatyana Akman (Ini Kisah Tiga Dara) sebagai Vanessa, Arya Vasco (Death Whisper) sebagai Nathaniel Siregar, Jerome Kurnia (Photocopier) sebagai Chicco Salim, Rayssa Dynta sebagai Jenny Hakim.
Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa, Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.
Syafiqah Jalal
Tue Feb 15 2022

![[VIDEO] Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu...- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq [VIDEO] Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu...- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/mommy-gambar-(77).png?ext=.png)
[VIDEO] "Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu..."- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq
Ramai Terkejut Isteri Raja Afiq Tak Bertudung

“Nak Jadi Pelakon Ke Pelacur Di Set?” - Nabila Huda Geram Heroin Menggatal Dengan Suami Bella Astillah
Fokuslah pada lakonan

“Banyak Lagi Lelaki Bujang Kenapa Nak Suami Orang…” - Nama Tiba-Tiba Kena Petik, Sophia Albarakbah Diserang Netizen
Alamak kena serang pula.
![[VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’ [VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/3_10.png?ext=.png)
[VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’
Ada betul juga kata Kak Lina...

9 Hari Di Tanah Suci, Fasha Sandha Ada Sebab Tak Update Gambar & Video - “Memang Tak Ada Ruang Untuk…”
Alhamdulillah...

Peraduan Gempak Most Wanted
Diam Diam, Andy Lau Sambut Tahun Baru Cina Di Malaysia, Lawat Tokong Di Kepong
Sambutan Tahun Baru Cina masih terasa hangat meski sudah hampir seminggu diraikan.

Bukan Kaleng Kaleng, Raline Shah Mengaku Bawa Pesawat Jadi Hobi Baru
Raline Shah memang dikenali sebagai seorang selebriti kaya tetapi merendah diri.

Berjaya Turun Berat Badan 15kg, Danny X-Factor Berniat Tambah Cahaya Mata; “Saya Semakin Berumur, Jadi Ini Masa…”
Insyallah

“Ira Kazar Hamil? Saya Tidak Tahu & Tak Mahu Tahu…” - Datuk Yusof Haslam
Betul ke Ira Kazar hamil?