Pelakon dan penyanyi Lufya Omar telah membuat posting di laman sosial Instagram, meluahkan rasa rindunya terhadap anak kesayangan, Lanaa Haura.

Lufya menerusi posting tersebut berkata, saat paling sedih adalah ketika meninggalkan anak yang masih kecil.

“Berat rasa nak tinggalkan Haura sebelum berangkat ke Madinah tempoh hari tapi perasaan tu hilang sejurus sampai di sana. Apa yg lebih difikirkan adalah ibadah dan ingin dekat dengan Allah dan Rasulullah SAW.

“Baru sampai di Mekah tiba-tiba perasaan rindu pada anak datang kembali. Melihat video yang diambil oleh adik buat bertambah rindu dengan Haura,” tulisnya.

Tambahan lagi katanya, di tanah suci ramai ibu bapa dari seluruh dunia membawa anak untuk mereka bersama-sama merasai pengalaman mengerjakan ibadah umrah.

“Comel-comel anak-anak kat sini dengan pakai ihramnya, yang tak larat nak jalan mintak naik bahu ayahnya dan ada yang digendung ibu dan sebagainya.

“Melihat gelagat mereka teringat pulak kat Haura...Saya tengok taka da la susah mana pun kalau nak bawak anak ke Mekah cuma penat sikit la.

“Masa mengelilingi Kaabah je kita kena buat sendiri sebab takut najis anak kan. Kena ada yang jaga sementara melengkapkan tujuh pusingan mengelilingi Kaabah, kemudian saie dan tahallul boleh bawak anak dalam stroller.

“Apa yang saya nak sampaikan, kalau ada kemahuan segalanya boleh. Bagi pendedahan awal kepada anak supaya kita pupuk sifat cintakan agama lebih daripada segalanya.

“Anak-anak yang berjaya ini jangan pandang hanya pada pendidikannya tetapi akhlaknya…Adakah mereka akan mendirikan solat dan tanggungjawab agama dengan baik? Adakah anak ini anak yang mendoakan ibu-bapanya ketika masih hidup atau mati?

Adakah anak ini akan menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain yg menjadi amal jariah kepada ibu ayahnya? Itu yg lebih perlu kita titik beratkan dan rancang dari sekarang.

“Semoga Allah menjadikan kita ibu bapa yang menjalankan tanggungjawab dan amanah Allah dengan baik,” tulisnya penuh makna.

Lufya berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada Sabtu lalu.

Berat rasa nk tinggalkan Haura sebelum berangkat ke Madinah tempoh hari tapi perasaan tu hilang sejurus sampai di sana. Apa yg lebih difikirkan adalah ibadah dan ingin dekat dengan Allah dan Rasulullah❤ . Baru sampai di Makkah tiba-tiba perasaan rindu pada anak datang kembali. Melihat video yang diambil oleh adik fya buat bertambah rindu dengan Haura. Tambah lagi di sini ramai parents dari seluruh pelusuk dunia membawa anak mereka utk merasai pengalaman berada dalam Tanah Haram ini. Comel2 anak-anak kat sini dengan pakai ihramnya, yang tak larat nak jalan mintak naik bahu ayahnya, ada yang digendung ibunya dan sebagainya. Melihat gelagat mereka teringat pulak kat Haura.. Fya tengok takde la susah mana pun kalau nak bawak anak ke Makkah cuma penat sikit la. Waktu time mengelilingi kaabah je kita kena buat sendiri sebab takut najis anak kan. Kene ada yang jaga sebentar sementara melengkapkan 7 pusingan mengelilingi kaabah kemudian saie dan tahlul boleh bawak anak dalam stroller. Apa yg fya nak sampaikan ni kalau ada kemahuan segalanya boleh. Bagi lufya bagi pendedahan awal kepada anak supaya kita pupuk sifat cintakan agama lebih dari segalanya. Anak-anak yang berjaya ni jangan pandang hanya pada pendidikannya tapi akhlaknya. . Adakah anak ini akan mendirikan solat dan tanggungjawab agama dengan baik? Adakah anak ini anak yang mendoakan ibu-bapanya ketika masih hidup atau mati? Adakah anak ini akan menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain yg menjadi amal jariah kepada ibu ayahnya? Itu yg lebih perlu kita titik beratkan dan rancang dari sekarang. Semoga Allah menjadikan kita ibu bapa yang menjalankan tanggungjawab dan amanah Allah dengan baik. . Tolong aaminkan ??

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on