Hiburan
“Rupanya Tak La Susah Mana Kalau Nak Bawa Anak Ke Mekah…” – Lufya Rindu Haura Lepas Tengok Gelagat Anak Kecil Di Mekah
Pelakon dan penyanyi Lufya Omar telah membuat posting di laman sosial Instagram, meluahkan rasa rindunya terhadap anak kesayangan, Lanaa Haura.
Lufya menerusi posting tersebut berkata, saat paling sedih adalah ketika meninggalkan anak yang masih kecil.
“Berat rasa nak tinggalkan Haura sebelum berangkat ke Madinah tempoh hari tapi perasaan tu hilang sejurus sampai di sana. Apa yg lebih difikirkan adalah ibadah dan ingin dekat dengan Allah dan Rasulullah SAW.
“Baru sampai di Mekah tiba-tiba perasaan rindu pada anak datang kembali. Melihat video yang diambil oleh adik buat bertambah rindu dengan Haura,” tulisnya.
Tambahan lagi katanya, di tanah suci ramai ibu bapa dari seluruh dunia membawa anak untuk mereka bersama-sama merasai pengalaman mengerjakan ibadah umrah.
“Comel-comel anak-anak kat sini dengan pakai ihramnya, yang tak larat nak jalan mintak naik bahu ayahnya dan ada yang digendung ibu dan sebagainya.
“Melihat gelagat mereka teringat pulak kat Haura...Saya tengok taka da la susah mana pun kalau nak bawak anak ke Mekah cuma penat sikit la.
“Masa mengelilingi Kaabah je kita kena buat sendiri sebab takut najis anak kan. Kena ada yang jaga sementara melengkapkan tujuh pusingan mengelilingi Kaabah, kemudian saie dan tahallul boleh bawak anak dalam stroller.
“Apa yang saya nak sampaikan, kalau ada kemahuan segalanya boleh. Bagi pendedahan awal kepada anak supaya kita pupuk sifat cintakan agama lebih daripada segalanya.
“Anak-anak yang berjaya ini jangan pandang hanya pada pendidikannya tetapi akhlaknya…Adakah mereka akan mendirikan solat dan tanggungjawab agama dengan baik? Adakah anak ini anak yang mendoakan ibu-bapanya ketika masih hidup atau mati?
Adakah anak ini akan menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain yg menjadi amal jariah kepada ibu ayahnya? Itu yg lebih perlu kita titik beratkan dan rancang dari sekarang.
“Semoga Allah menjadikan kita ibu bapa yang menjalankan tanggungjawab dan amanah Allah dengan baik,” tulisnya penuh makna.
Lufya berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada Sabtu lalu.
Must-Watch Video