Hiburan
"Rupanya Terkena Jangkitan Virus E.Coli" - Khairul Aming Dedah Punca Cirit-Birit 5 Hari Selepas Misi Bantuan Banjir
Personaliti dan usahawan terkenal, Khairul Aming berkongsi dirinya sudah keluar dari hospital.
Menerusi hantaran di Instagram Storynya, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzaman memaklumkan dia terkena jangkitan virus yang dikenali sebagai E. Coli semasa melakukan bantuan banjir pada minggu lepas.
“Baru lepas keluar dari hospital. Rupanya terkena jangkitan E. Coli masa buat bantuan banjir minggu lepas.
“Teruk juga diarrhea selama lima hati tak berhenti sampai badan lesu dehydrated,” katanya.
Pada masa yang sama, dia juga memanjatkan kesyukuran kerana dirinya kini sudah sembuh sepenuhnya dan mampu melakukan kerja seperti biasa.
“Alhamdulillah sekarang dah sembuh dan boleh sambung kerja macam biasa,” kongsinya.
Terdahulu, Khairul Aming dikejarkan ke hospital sejak pulang daripada Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan beberapa hari yang lepas.