Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Rupa-Rupanya Oktovia Manrose Janda, Sudah 8 Tahun Bercerai... "Saya Tak Ada Masalah Dengan Gelaran Itu!"

Amri Hassan 25/08/2020 | 06:45 MYT
Pelakon Oktovia Manrose mengakui dirinya berstatus janda dan memiliki seorang anak lelaki yang berusia 8 tahun, Muhammad Rayyan Zafariel.
Kata Oktovia, 28, dia tidak mendedahkan perihal kehidupan peribadinya sebelum ini kerana mahu berada di zon selesa.
"Saya dah bercerai dan ada anak. Mungkin sebab kehidupan berkahwin dulu menyebabkan saya nak kekal di zon selesa jadi saya jarang dedahkan kisah peribadi saya," katanya kepada Gempak.
Tambah Oktovia dia tidak kisah dengan gelaran janda memandangkan ia menjadi sebahagian daripada sejarah hidupnya.
"Janda is hot what! Saya tak ada masalah dengan gelaran itu, ia lumrah hidup. Semua itu normal...
"Sebenarnya, kekuatan yang ada pada saya disebabkan ayah saya, walaupun kami tidak rapat dari dulu, dia selalu menggalakkan saya untuk jadi lebih baik," tambah anak perempuan kepada penyanyi Iwan itu.
Oktovia akui melalui tempoh sukar sepanjang tempoh lapan tahun membesarkan anaknya bersendirian namun Rayyan menjadi sumber kekuatannya.
"Nak membesarkan anak dengan usia muda bukan senang tapi dialah menjadi semangat untuk saya.
"Dia buatkan saya lupakan keperitan perkahwinan yang dulu. Anak ini amanah saya, jadi dia segalanya bagi saya," ujarnya.
Oktovia akui masih berhubung dengan bekas suami namun semata-mata atas dasar anak.
Pelakon filem Minah Moto itu berkahwin pada 2011 dan bercerai dua tahun selepas itu.
Oktovia ditemui pada majlis sidang media dan menandatangani kontrak perjanjian bersama Absolut Talents & Management di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selain Oktovia, sembilan selebriti lain turut bernaung di bawah pengurusan sama selama setahun iaitu Ikmal Amry, Nadiyah Shahab, Harris Anuar, Scha Elinnea, Nabil Aqil, Yasmin Ow, Nurin Afiqah, Aisar Khaleed dan Najla Shamsul.
#cerai #Janda #Oktovia Manrose
;