Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ryan Bakery Dah Jadi Bapa, Pilih Nama Ryan Ezra - “Alhamdulillah, Yang Ditunggu Oleh Saya Dan Isteri”

Mya Amri
03/01/2024 07:14 MYT
Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery memaklumkan isteri kesayangannya, Elyia Ibrahim selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Menurut Ryan, anak sulungnya itu dilahirkan pada jam 11.30 pagi secara pembedahan.

“Alhamdulillah… Syukur kehadrat Allah SWT pada 30/12/2023 jam 11.30 pagi telah lahirnya cahaya mata yang ditunggu oleh saya dan isteri Elyia Ibrahim.

“Bayi seberat 2.9 kg ini diberi nama Ryan Ezra lahir secara pembedahan di Avisena Women Specialist Hospital.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga dan peminat yang sentiasa menitipkan doakan buat kami sekeluarga,” katanya ketika dihubungi Gempak.

A post shared by Ryan Bakery (@ryanfahmibakery)

PILIHAN PEMBACA: Isteri Baru Hamil 5 Bulan, Ryan Bakery Tak Sabar Nak Buat Content Dengan Baby!

Untuk info, Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022.

Sebelum ini Ryan berkongsi dan bersyukur kerana isterinya tidak mengalami alahan yang teruk atau mengidam sesuatu yang sukar untuk dicari.

#Bersalin #Ryan Bakery #Ryan Ezra
;