Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Ryan Bakery Pernah Kena ‘Kencing’ Dengan Client, Sampaikan…

Izwan Isa 16/12/2022 | 08:50 MYT

Siapa sangka, di sebalik sketsa lucu yang dikongsikan di TikTok, rupa-rupanya Ryan Bakery pernah melalui kisah pahit yang melibatkan sejumlah wang yang banyak suatu ketika dahulu.

Ryan atau nama penuhnya, Muhammad Ryan Fahmi Bakery berkata, selepas ditipu sehingga ratusan ribu ringgit usai melunaskan ulasan daripada client, dia mula berwaspada sehingga mencetuskan rasa ‘trust issue’ untuk berhubungan dengan orang ramai.
"Jujurnya, banyak kali juga saya pernah kena tipu (duit). Kalau ikutkan, macam hampir ratusan ribu. Saya alami kerugian sebab pengasas produk yang saya review itu menghilangkan diri.
“Client yang lambat bayar pun ada. Tapi, apa pun saya halalkan saya semua itu, Sebab malas nak panjangkan cerita.
"Selepas kejadian itu, saya jadi lebih berhati-hati. Sekarang saya sudah ada pengurus yang akan mengelolakan kerjaya saya,” katanya kepada Gempak.
Ryan ditemui pada majlis sidang media Anugerah Gempak Most Wanted 2022 (GMWA 2022) yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.
Tambah Ryan, disebabkan insiden berkenaan, dia pernah tidak mahu mengangkat telefon daripada mana-mana individu termasuk pihak media.
“Saya ingin minta maaf terutama pada pihak media… mungkin ada yang kata saya sombong. Tapi sebab pernah kena tipu, jadi memang susah untuk saya menjawab panggilan.
“Jadi, saya minta maaf kalau ada yang terasa,” katanya lagi.
Ryan yang cukup dikenali dengan konten video nostalgia kanak-kanak ini tercalon menerusi kategori Digital Content Creator Tergempak bersama empat pesaing lain iaitu Khairul Aming, Syahmi Sazli, Namie dan Mek Yun.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

;