Ryan Bakery, Rozyana Roslan Antara Content Creator Paling Trending 2022! Jom Semak Nama Top 5 #YearOnTikTok!
Meraikan tahun 2022 yang penuh kemeriahan dan pelbagai hiburan yang dilakukan oleh rakyat di negara ini, TikTok Malaysia telah memperkenalkan #YearOnTikTok bagi meraikan para pencipta konten, video trending, lagu-lagu viral dan lain-lain konten kreatif sepanjang 2022 di laman sosial tersebut.
Selain dipertontonkan dengan konten hiburan, aplikasi TikTok yang kini menjadi pilihan orang ramai juga menghidangkan pengguna dengan perkongsian yang berilmu seperti petua-petua kehidupan, resepi masakan, pendidikan dan banyak lagi.
TikTok inspirasi orang ramai
Pengurus Operasi Strategi TikTok Malaysia, Darren Quek berkata, pihaknya berbesar hati apabila melihat lebih ramai pencipta konten yang wujud dengan membawa pelbagai konten kreatif di TikTok selain memberi inspirasi kepada masyarakat.
“Kami berbesar hati untuk meraikan masyarakat Malaysia yang banyak mencipta konten, berkongsi idea baharu, belajar antara satu sama lain, menukar minat kepada kerjaya dan menjadikan TikTok sumber pendapatan mereka pada tahun ini.
“Ia benar-benar memberi inspirasi apabila lebih satu billion orang di seluruh dunia termasuk Malaysia yang menunjukkan konten kreatif mereka dan berkumpul untuk mengalami kegembiraan di TikTok,” katanya.
Dareen berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran #YearOnTikTok yang berlangsung di sekitar ibu kota, baru-baru ini.
Top 5 #YearOnTikTok
Pada majlis berkenaan, TikTok turut mengumumkan 10 kategori yang paling trending dan mendapat tontonan ramai sepanjang 2022 di laman sosial tersebut. Berikut kategori yang diumumkan beserta nama pencipta konten:
Video paling viral
1. @wanitabermisai - video BTS lagu gatal
2. @ryanbakery - mat kilau kanak-kanak gaduh
3. @rozyanaroslan2 - “My Husband Does Make-up” trend
4. @emma_maembongofficial - Gambar lama family
5. @rrzmie - Halloween kostum
Video tutorial viral
1. @sensei_aw_karate - Karate trick
2. @acuhealing - Posture badan
3. @davidddodle - Belajar buat effect pada video
4. @iqbalahyar - Kaitan makan malam dengan fakta unta
5. @sir_asai - Cara sebut 'Connecticut'?
Lagu paling trending
2. "CASABLANCA" - Nuha Bahrin & Naufal Azrin
4. "Gemuruh" - Nayli Azmi, Ash Fasryll & Saiful Anwar
5. "Left and Right" - Charlie Puth ft. Jungkook of BTS
Pelopor konten baharu
1. @upinipin.official - Upin & Ipin tarian dan lagu sambutan Deepavali
2. @ryanbakery - Konten lucu dengan lawak Ryan
3. @rozyanaroslan2 - Konten make-up nampak cantik dan flawless
4. @bossjames_oe - Motivasi bersama Boss James
5. @drbengee - Dr. Ben Gee kesedaran penyakit gusi
Stickers dan effect paling trending
1. Horse Filter
2. Zoom In
3. Stop Motion
Selebriti Malaysia trending
1. @gastonpong
2. @annajobling
5. @ikhmaln0ur
Konten #MakanLokal trending
1. @limaunipisofficial - Resepi ayam kari
2. @khairulaming - Persedian makanan untuk family picnic
3. @abangtapau - Makanan laut yang lazat
4. @syedot_asmr - Resepi sup cendawan
5. @aniis_ismail - Tips minuman sejuk
Komuniti & Fandom trending
1. Graphic Art - Tips mewarnai #ForYou page
2. Travel - Jalan-jalan tempat menarik
3. Campus Life - Keseronokan di sekolah
4. Cars, Trucks & Motorcycles - Kenderaan paling cool 2022
5. Pets - Haiwan peliharaan yang comel
Pencipta effects filter paling banyak digunakan
1. @fathulimran - Published 9 effects with 11.4M Views
2. @dilladontdodat - Published 9 effects with 956K Views
3. @yedkajang - Published 14 effects with 943K Views
4. @ggatorart - Published 69 effects with 701K Views
5. @gameplus40 - Published 134 effects with 667K Views
Konten peniaga/usahawan trending
1. @viewchin_view - Jualan panas 11/11
2. @dearcarynn - Kaftan cantik dan murah
3. @ahma.recipe - Masa resepi kegemaran guna air-fryer!
4. @datoserividaofficial - Salmon skin chips CikB