,
Hiburan

"Saat Aku Di Puncak, Bapa Meninggal, Diisytihar Bankrap & Berpisah Dengan Isteri" - Fizo Omar

Amri Hassan
24/02/2020
23:24 MYT
Pelakon Fizo Omar akui, peristiwa besar yang berlaku dalam hidupnya adalah sebahagian daripada 'kekuatan' dari Allah.
Kata Fizo, ketika berada di puncak karier, dia kehilangan tiga perkara besar dalam hidupnya.
"Saat aku meniti puncak karier aku, satu demi satu Allah hantar 'kekuatan' pada aku.
"2011 bapa aku meninggal, 2014 aku diisytiharkan bankrap dan 2019 berpisah dengan isteri.
"Kepahitan adalah satu ubat dan penawar, kemanisan adalah racun kehidupan. Dengan kepahitan dan kekuatan itu lah Allah memberi nikmat duniawi dan pencapaian kepada aku," tulisnya di Instagram.
Fizo dalam pada itu berkongsi jatuh bangunnya dalam industri hiburan selama lebih 12 tahun.
"Alhamdulillah Allah aturkan perjalanan aku bermula di pentas Hero Remaja 2007/2008 setelah aku putuskan untuk gantung boot aku sebagai pemain bola sepak sejak umur aku 12 tahun yang pernah mewakili Kelantan, Perlis, DBKL dan Team Malaysia. .
"3 tahun diberikan peluang untuk aku memajukan diri dalam bidang kejuruteraan sivil dan bermulalah kehidupan aku sebagai Fizo Omar.
"Terlalu banyak benda best nikmat Allah untuk ceritakan, tapi hadirnya kejayaan pasti bersama cabaran dan dugaan dari-Nya," tambah Fizo.

2008 ( age 23 ) - 2020 ( age 35 ) . 12 years journey as Fizo Omar. Alhamdulillah Allah aturkan perjalanan aku bermula di pentas Hero Remaja 2007/2008 setelah aku decide utk gantung boot aku sebagai pemain bola sepak sejak umur aku 12 tahun yg pernah mewakili Kelantan,Perlis, Tnb Kelantan , DBKL dan juga Team Malaysia. . 3 tahun diberikan peluang utk aku upgradekan diri dalam bidang civil engineering Uitm Arau,Perlis.dan bermulalah kehidupan akn sebagai Fizo Omar.terlalu byk benda best nikmat Allah utk ceritakan, tapi hadirnya kejayaan pasti bersama cabaran dan dugaan dariNYA. . Saat aku meniti puncak career aku, satu demi satu Allah hantar ‘kekuatan’ pd aku. 2011 - bapa aku meninggal, 2014 - aku diishtiarkan bankrap, 2019 - berpisah dgn isteri. . Kepahitan adalah satu ubat dan penawar, kemanisan adalah racun kehidupan. Dengan kepahitan dan kekuatan itu lah Allah memberi nikmat duniawi dan pencapaian kpd aku. . 2012 - ikon belia Negara, 2014 - Emerging young entrepreneur, 2015 - ikon usahawan belia Kelantan, 2017 - Ikon social media, 2019 - Social Entrepreneur of the year. . Alhmdllh sekarang selain dari berlakon,aku memperjuangkan company aku . - Fizo Omar Channel sdn bhd. - Fizo Omar Catering sdn bhd. - Fizo Omar Creative PLT. Dan sebagai seorang speaker, dah lebih 200 pentas aku berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yg aku.Tiada apa yg boleh aku banggakan selain rasa penuh bersyukur dgn nikmat Allah terhadap aku yg sentiasa lalai dan berdosa kepadaNYA. . Apa yg sentisa bermain di kepala aku adalah bukan soal ape yg aku dapat, berapa income dan gaji aku, berapa byk harta aku, tapi apa yg telah aku lakukan utk orng lain dan apa yang boleh aku sumbangkan, bahagiakan dan muliakan terhadap orang lain. . Aku percaya bila masa aku tiada nanti, bukanlah hitungan harta yg akan menjaga keturunan aku.Jangan sesekali pertikaikan percaturanNYA. . Ask urself, what i can give n contribute instead of what i can get! . #selfreminder

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Sepanjang pembabitan Fizo dalam dunia seni, pelakon kelahiran Kelantan itu pernah dilantik sebagai ikon belia negara dan usahawan sosial tahunan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nama Lambat Panas Berbanding Rakan Lain Selepas Hero Remaja, Jazmy Juma Percaya Pada Rezeki – “Saya Tak Rasa Terkejar-Kejar"

gempak
20/08/2024
02:55 MYT
Pelakon meningkat naik Jazmy Juma melihat kerjayanya kini kian berkembang sekaligus mengecap populariti.
Viral

Isteri Lalui ‘Bad Day’, Ini Cara Fizo Omar Pujuk - “Apa Yang Dia Buat Sangat Amazing”

gempak
27/05/2024
04:55 MYT
Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri berkongsi pengalaman berdepan dengan hari yang tidak begitu baik dan lancar buatnya.
Hiburan

"Macam Tengok Adik Beradik Membesar" - Hariz Hamdan Tumpang Gembira Lihat Meerqeen & Nadhir Nasar Berjaya

gempak
22/05/2024
07:55 MYT
Pelakon meningkat naik, Hariz Hamdan tidak menjadikan kejayaan rakan seperjuangannya sebagai salah satu persaingan di dalam industri seni tanah air.
Hiburan

“Memang Darjat Ibu Kena Tinggikan Daripada Sesiapa Pun” - Fizo Omar

gempak
27/02/2024
07:55 MYT
Fizo berpendapat doa ibu sangat penting.
Viral

Isu Pengikut Media Sosial Kurang Senang Dengan Mentua, Isteri Fizo Berpendapat – “Masuk Saja Alam Perkahwinan, Kita Tiada Pilihan”

gempak
18/02/2024
09:55 MYT
Fazeera beri pendapat mengenai mentua.
Unitar