“Saat Anak Ku Mencium Tangan Ku, Berderailah Air Mata…” -Amy Search Kongsi Momen Menyentuh Hati

Mya Amri
Jun 26, 2019 10:58 MYT
Penyanyi rock terkenal, Amy Search berkongsi momen menyentuh hati saat dipertemukan dengan anaknya, aktres Nabila Huda.
Momen tersebut dimuat naik diakaun Instagramnya menerusi satu foto yang merakamkan Amy sedang memeluk anak kesayangannya.
“Hanya ini saja gambar yang ada, saat anak ku datang mencium tangan ku dan berderai lah air mata, air mata kegembiraan dan penuh kesyukuran. Cucu pun tersengih sambil diperhatikan menantu kegembiraan. #amysearch @kupu_kupu,” tulisnya
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata menyatakan rasa syukur dan sebak apabila melihat momen indah itu.
“Indahnya perasaan memeluk erat ayah tersayang… Terasa rindu sangat,” komen @belindaadzmi
“Alhamdullilah... Ya Allah kau berkatilah mereka berdua ini Ya Allah. Semoga terus berkasih sayang dan jauhkanlah hasat dengki manusia pada mereka ini. So lovely @kupu_kupu,” doa @macyhayda
BACA: “Nak Habiskan Sisa Hidup Dengan Papa, Sekarang Hari-Hari Mesej Dia” – Nabila Huda
Terdahulu, nama Nabila dan ibu tirinya, Nourish hangat diperkatakan berikutan perkongsian ucapan Hari Bapa yang dibuat pelakon terbabit kepada Amy di Instagram.
Nourish didakwa membalas status berkenaan dengan mendakwa, Amy tidak pernah mengajar anak-anak menyambut Hari Bapa. Ia menimbulkan kemarahan Nabila yang menganggap Nourish konon sengaja mencari alasan untuk berbalah.
#Nabila Huda #Amy Search