Bekas bintang GegarVaganza (GV3), Azharina Azhar akui bersyukur kerana diberi peluang untuk mengambil seorang lagi anak angkat.

Bayi lelaki comel yang dilahirkan pada 18 Oktober lalu itu diberi nama Redha Azharin Azhar.

Azharina memnberitahu berita gembira itu menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam beserta foto yang merakamkan dirinya sedang memangku Redha.

Asalamualaikum . Di HAri Cahaya ini bertarikh 18 October 2017 lahirnya Anak ke 3 ku “ King REDHA AZHARIN AZHAR “ .. syukor Alhamdulilah ku panjatkan ke Hadrat Allah Taala atas Kurniaan Rezeki ini , ?? disaat Mumy di duga badai dan duri Kau Hadir membawa sinar Cahaya , dan keredhaan buat Kita sekeluarga . Alhamdulilah #azharina_a #azharinaangels

A post shared by azharina_a (@azharina_a) on


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada penyanyi berkenaan dan memuji kecomelan anak angkatnya itu.

Redha merupakan anak angkat ketiganya selepas Rahmat Azharin Azhar, 3, dan Rizqie Azharin Azhar meninggal dunia selepas mengalami komplikasi daripada pelbagai jenis penyakit pada Mac lalu.

Foto: Instagram @azharina_a

Teks oleh: Mya Amri