“Sabar...Belum Bersalin Lagi”- Pengurus Siti Nurhaliza

Mya Amri
Mac 15, 2018 12:10 MYT

Pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak menafikan khabar angin penyanyi nombor satu negara itu sudah bersalin.

Kenyataan itu diumumkan oleh Rozi menerusi akaun Instagram (IG) sebentar tadi.
Rozi meminta orang ramai tidak membuat spekulasi secara melulu tanpa sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Siti Nurhaliza.
“Belum, belum bersalin lagi, jangan buat khabar angin. Elok melawa dan tersenyum lagi ni.
“Masih juga sempat melapangkan waktu menyelesaikan beberapa tugasan. Saya dulu masa uruskan @ctdk, esok nak bersalin, hari ini masih bekerja keras.
“Siap masak nasi minyak dan menjamu rakan-rakan sekerja lagi sebab nanti akan lama berpantang, tak boleh makan macam-macam,” tulisnya.

Entri itu juga turut disertakan dengan fotonya bersama Siti Nurhaliza yang sedang tersenyum.
Terdahulu, khabar angin tersebar berikutan kerana tarikh jangkaan bersalin Siti Nurhaliza adalah pada Mac ini.
Foto: Instagram @rozisangdewi

#Penyanyi #Penyanyi #Datuk Seri siti Nurhaliza