Lewat dinihari pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie atau panggilan mesranya Khiriah meluahkan rasa yang terpendam di dalam hatinya.

Luahan itu ditulis dalam satu entri di Instagram miliknya tentang rasa sabar yang ada di dalam dirinya.

"Sapa nak baca, bacalah. Agak panjang. Macam mana nak cakap ek. Dulu akak tak pernah terpikir tapi lately ni banyak jadi. hari-hari akak tengok gambar jenazah.

"Macam semalam kes bayi tak silap umur setahun meninggal dalam tidur.Pastu tadi ada lagi. Scroll2 IG ada baby meninggal dalam tidur akibat sesak nafas. bercampur aduk perasaan akak sekarang," tulis Khiriah.

Tulisnya lagi, dia berasakan semakin lama semakin pendek kehidupan ini.

"Paling sakit adalah pergi tiba-tiba. Akak dah pernah rasa. Menusuk dan satu lagi yang akak belajar adalah apabila kita dah selesa membuat dosa.

"Sampai satu masa Allah akan hantar sesuatu untuk kita BACK pada DIA semula. Akak rasakan itu tanda ALLAH sangat sayang akan hamba-hambaNYA. Tak nak terus leka dgn dosa," tulis Khiriah lagi.

Menurut Khiriah, jika Allah tidak memandang langsung, janganlah kita suka kerana itu tandanya Allah biarkan kita hanyut terus.

"Terima kasih Allah duga akak dengan rasa apa yang akak rasa sekarang. Yes, Akak tak selesa dengan rasa ini tapi pasti ada sesuatu menanti.

"SABAR. Bukan mudah macam keluar kat mulut. Bila SABAR dah nak datang, HATI pulak main peranan. Last MATI dengan RASA yang tak lepas.

"Maka Alhamdulillah akak dah lepaskan RASA itu. Alhamdulillah akak lega. Akak nak mati mata tertutup dik. Yang akak faham 'Buat Benda Baik Belum Tentu Kita Baik Tapi Allah Nak Didik Dan Pandu Kita Ke Arah Yang Lebih Baik.'

"Dan 'Siapa Sabar Dia Menang'. InshaAllah akak nak usahakan lagi level SABAR akak yg sebesar biji sawi ni sampai jadi sebesar tahi bintang. InshaAllah," luah Khiriah.

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)


Khiriah mula berlakon sejak tahun 1999 lagi dan pernah memenangi kategori Artis Komedi Wanita Popular Berita harian selama tiga tahun berturut-turut. Namun begitu, dia juga pernah beberapa kali membuat keputusan untuk bersara daripada bidang lakonan.